Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu kesihatan mental semakin dapat perhatian di tempat kerja

Mar 26, 2019 | 05:30 AM



KESIHATAN mental, selain fizikal, kian menjadi salah satu keutamaan dalam program kesejahteraan di tempat kerja pada hari ini.



Cawangan firma rekaan dan kejuruteraan Arup di Singapura baru-baru ini memulakan satu program latihan pertolongan cemas (First-Aid) kesihatan mental.



Para peserta menerima pensijilan sebagai penyedia pertolongan kecemasan kesihatan mental yang boleh mengenal pasti risiko di tempat kerja dan menawarkan bantuan sekiranya seseorang mengalami isu kesihatan mental.



"Kami semua tahu bahawa kesihatan mental kini semakin berleluasa dalam masyarakat kita bagi semua peringkat usia.



"Meskipun begitu situasinya, ramai daripada kita yang mungkin tidak yakin menawarkan bantuan kepada mereka yang menghidap penyakit mental dalam masyarakat kita," kata Cik Celia Choong, pemimpin pemasaran dan perhubungan syarikat itu seperti yang dilaporkan dalam laman The Straits Times.



Sementara itu, syarikat Google Singapore telah meningkatkan kesedaran dan melaksanakan meditasi untuk mendorong kejayaan kakitangan mereka dalam kehidupan dan pekerjaan.



Ia menyediakan berdozen program pembangunan pekerja yang melibatkan kesedaran, di mana mereka belajar tentang teori dan sains saraf, selain menjaga emosi mereka.



Pejabat tersebut, yang terletak di Mapletree Business City di Pasir Panjang Road, juga mempunyai sebuah bilik meditasi.



"Kakitangan Google yang telah menghadiri program kesedaran kami telah memberikan maklum balas bahawa mereka lebih bersedia untuk menangani cabaran dengan lebih jelas dan tertumpu," kata ketua komunikasinya, Cik Angeline Leow.



Di serata dunia, pihak majikan mengambil pendekatan lebih menyeluruh dalam menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja.



Trend Pelaburan Manusia Sejagat 2018 Deloitte akui bahawa definisi kebajikan telah meluas secara dramatik meliputi pelbagai program yang bertujuan melindungi kesihatan pekerja dan meningkatkan kelakonan serta kesejahteraan sosial dan emosi.



Ini termasuk pengurusan kesejahteraan kewangan, kesihatan mental, diet sihat dan senaman, tidur dan stres.



Pertubuhan juga telah mula menganggapnya bukan sahaja sebagai manfaat atau tanggungjawab pekerja, tapi sebagai strategi persembahan perniagaan.



Maka tidak hairanlah apabila pasaran kesejahteraan korporat di Asia Pasifik (Apac) diramal tumbuh kepada AS$7.4 bilion ($10 billion) menjelang 2024, lebih daripada seganda berbanding AS$3.4 bilion nilainya pada 2015, menurut satu laporan yang dikeluarkan tahun lalu oleh syarkat risikan pasaran Transparency Market Research.



Institut Kelakonan Manusia Johnson & Johnson, yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1991 dan membuka cawangan Apac-nya di sini Mei tahun lalu, melatih ratusan orang dalam kursus kelakonan setiap bulan.



Tujuannya ialah untuk menarik sehingga ribuan peserta, kata Ketua Unit Perniagaan Apac institut tersebut, Encik Bobby Sheikh.



Kursusnya menggabungkan psikologi, psikologi senaman dan nutrisi bagi mengajar orang ramai cara memaksimumkan tenaga mereka serta kekalkan perubahan sikap menerusi program kesejahteraan dan kepimpinannya.



"Yang pentingnya ialah sekiranya anda sihat, jaga tubuh secara menyeluruh dan fikirkan sasaran, anda akan jadi pemimpin lebih baik dan mendorong kelakonan sebagai pekerja dan juga di rumah," kata Sheikh.




"Kami semua tahu bahawa kesihatan mental kini semakin berleluasa dalam masyarakat kita bagi semua peringkat usia.

Meskipun begitu situasinya, ramai daripada kita yang mungkin tidak yakin menawarkan bantuan kepada mereka yang menghidap penyakit mental dalam masyarakat kita."

- Cik Celia Choong, pemimpin pemasaran dan perhubungan syarikat firma rekaan dan kejuruteraan Arup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >