Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu kos sara hidup, pekerjaan dan keluarga antara keprihatinan warga

Mar 03, 2023 | 01:10 AM



ISU imbangi kebergantungan terhadap bantuan pemerintah dengan usaha menyara hidup secara berdikari menjadi keprihatinan ramai semasa sesi dialog pasca belanjawan M Kuasa Tiga (M³) malam Khamis (2 Mac).



Peserta prihatin terhadap isu kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta isu pembangunan keluarga, jagaan warga emas dan penyediaan diri terhadap pekerjaan masa depan.



Sesi dialog dihadiri lebih 150 peserta yang terdiri daripada relawan perbadanan masyarakat, pemimpin akar umbi, karyawan dan belia.



Diadakan di Wisma Geylang Serai, ia dianjurkan untuk para peserta berkongsi tentang isu semasa dan juga sebagai platform para Menteri dan Anggota Parlimen (AP) menjelaskan Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini.



Sesi perbincangan dibahagikan kepada dua sesi yang dilakukan serentak.



Kumpulan pertama diterajui panel yang terdiri daripada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Kumpulan kedua pula dipimpin Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade), Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >