Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu maklumat peribadi terdedah di laman web VEP: M'sia dakwa anggap serius keselamatan data

Apr 27, 2019 | 01:47 PM



PENGGUNA laman web permit masuk kenderaan (VEP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tidak lagi boleh melihat maklumat peribadi pemandu lain, sehari selepas akhbar The Straits Times melaporkan bahawa maklumat peribadi pemandu asing terdedah di laman webnya.



Menerusi satu kenyataan hari ini (27 April), Kementerian Pengangkutan Malaysia berkata mereka memandang serius keselamatan data.



Namun, mereka tidak menerangkan bagaimana data sensitif seperti nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan butiran pasport pemandu serta maklumat tentang kenderaan mereka boleh dilihat di laman web itu hanya dengan membuat beberapa perubahan kepada URL laman web tersebut.



Hal ini diketahui secara tidak sengaja selepas seorang pemandu warga Singapura, Encik Mohammad Hafiz, 28 tahun, menyalin URL laman web itu dan menghantarnya kepada anak saudara beliau untuk membantunya mendaftar bagi VEP itu.



“Apabila dia buka laman web itu, dia terkejut kerana dia melihat butiran saya dan bukan butirannya,” ujarnya.



Apabila Encik Hafiz, seorang pakar IT, membuat beberapa perubahan kepada URL yang menunjukkana akaun VEP beliau, beliau dapat melihat maklumat peribadi milik pemandu lain pula.



Selepas The Straits Times memaklumkan hal itu kepada pihak berkuasa di Malaysia sekitar tengah hari semalam, laman web itu tidak dapat diakses.



Namun kini, portal VEP itu sudah dapat diakses, selepas Kementerian Pengangkutan Malaysia berkata mereka telah menjalankan siasatan teliti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >