Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu mental: Dengar apa anak ingin kata, bukan beri nasihat

78 peratus ibu bapa sangka anak akan berbual mengenai isu mental mereka, tapi hanya 20 peratus belia berbuat demikian
Aug 01, 2021 | 05:30 AM



BAGI ibu bapa yang ingin menyokong anak mereka yang menghadapi isu kesihatan mental, perkara paling penting adalah untuk mendengar apa yang mereka ingin katakan, berbanding menawarkan nasihat atau penyelesaian, kata para panel dalam satu sesi dialog Rabu lalu.



Itu adalah antara mesej utama yang disampaikan dalam sesi dialog mengenai kebingkasan dalam menangani isu mental, Let's Talk, For Real: A Youth Mental Resilience Initiative Panel.



Ia dianjurkan oleh badan amal kesihatan mental Resilience Collective, yang memberi tumpuan kepada usaha menyokong pemulihan individu yang menghadapi isu kesihatan mental.



Dialog itu menandakan pelancaran daya usaha yang bertujuan melibatkan anak muda, keluarga dan masyarakat.



Ia khusus untuk menggalakkan keterbukaan dalam perbincangan mengenai kesihatan mental, program perkembangan dan rangkaian sokongan rakan bagi membantu membina daya tahan dan strategi pemulihan.



Satu tinjauan yang dilakukan oleh Resilience Collective mendapati 78 peratus ibu bapa menyangka anak mereka akan berbual bersama mereka mengenai masalah kesihatan mental yang dihidapi.



Sebaliknya, hanya 20 peratus belia sahaja yang akan melakukan demikian.



Tinjauan itu melibatkan 47 belia dan 57 ibu bapa dan dijalankan secara dalam talian dari Mei hingga Julai tahun ini.



Ia juga mendapati ramai yang berasa sukar untuk berbincang mengenai kesihatan mental di rumah.



Sebanyak 57 peratus belia berkata mereka akan mendapatkan bantuan profesional mengenai kesihatan mental atau talian bantuan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.



Cik Goh Shuet-Li, pengarah eksekutif, Resilience Collective memberitahu akhbar The Straits Times:



"Oleh kerana ramai belia tidak mempunyai perbincangan sebegini bersama ibu bapa mereka, mereka akhirnya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri."



Ini bermakna mereka kurang sokongan yang diperlukan, dan juga akan menangguhkan rawatan.



Hos dan pengasas Ironing Board Podcast, Encik Haikel Fahim telah menjadi moderator bagi dialog tersebut, yang melalui penstriman langsung oleh Resilience Collective di Facebook dan YouTube, Rabu lalu. Ia berjaya menarik 200 penonton.




"Oleh kerana ramai belia tidak mempunyai perbincangan sebegini bersama ibu bapa mereka, mereka akhirnya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri."
- Cik Goh Shuet-Li, pengarah eksekutif, dari Resilience Collective, badan amal kesihatan mental yang menjalankan tinjauan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >