Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN

Isu pekerjaan dan latihan agar kekal relevan antara keprihatinan

Mar 05, 2020 | 05:30 AM



KEPRIHATINAN tentang kestabilan pekerjaan dan juga jenis latihan yang disediakan untuk memastikan mereka masih relevan dalam industri.



Demikian antara isu yang dikemukakan dalam dialog pasca Belanjawan 2020 anjuran rangkaian M Kuasa Tiga (M³) kelmarin.



Isu yang ditimbulkan itu mencerminkan keprihatinan masyarakat Melayu semasa perubahan pengurusan dan penstrukturan semula dalam organisasi disebabkan oleh pekerjaan yang tidak diperlukan lagi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Akur dengan keprihatinan itu, Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air berkata terdapat beberapa pakej bantuan dan sokongan yang disediakan bagi membantu pekerja meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang relevan untuk kekal dalam industri ataupun sekiranya mereka perlu bertukar kerjaya.



"Kami lihat dalam pasaran, pekerja yang berumur antara 40 hingga 60 adalah berisiko. Dengan kebanyakan pekerjaan yang kini mengunakan teknologi baru, golongan ini sepatutnya mengunakan peluang ini untuk melatihkan diri semula supaya kekal dalam industri," kata Encik Masagos kepada sekitar 150 peserta termasuk pemimpin akar umbi serta wakil daripada M³, sukarelawan, profesional, belia dan pertubuhan Melayu/Islam turut hadir dalam sesi yang diadakan di The Grassroots' Club di Ang Mo Kio.



Encik Masagos dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, merupakan anggota panel sesi dialog yang dianjurkan oleh M³.



Ini merupakan dialog kedua daripada tiga sesi dialog yang dianjurkan bersama oleh rangkaian M³ yang merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat.



Dalam sesi yang berlangsung sekitar dua jam itu, Encik Masagos dan Dr Faishal turut memberi keterangan mengenai beberapa persoalan yang dikemukakan berhubung Belanjawan tahun ini.



Antaranya mengenai Pakej Bantuan Pekerja Lanjut Usia bagi mereka yang perlu bersara setelah menjelang usia 67 tahun.



Seorang peserta telah bertanya semasa dialog itu jika sebagai pekerja lanjut usia, mereka akan dijanjikan pekerjaan jika beliau ingin bertukar kerjaya selepas menjalani kursus.



Menjawab persoalan itu, Encik Zulkifli Masagos berkata Mendaki Sense kini akan memaklumkan para pekerja menjalani latihan yang bukan sahaja memanfaatkan mereka untuk dapatkan pekerjaan baru tetapi juga kemahiran yang berguna.



"Kini Mendaki Sense sedang mengumpul data untuk memantau bidang pekerjaan, kemahiran dan juga latihan yang diperlukan untuk kerja-kerja ini.



"Ini akan menjadi kemudahan bagi mereka yang ingin mencuba meneroka bidang lain," kata Encik Masagos.



Dengan adanya Pakej Bantuan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture, ia akan menggalak golongan itu untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.



Di bawah pakej ini, warga Singapura yang berusia 40 hingga 60 tahun akan menerima tokokan tambahan $500 Kredit SkillsFuture.



Ini adalah tambahan kepada tokokan $500 Kredit SkillsFuture yang diterima semua rakyat Singapura berusia 25 tahun ke atas.



Berkongsi pengalamannya di dialog itu, seorang wakil Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Kampong Glam, Cik Rahimah Ahmad, 58 tahun, berpendapat bahawa selain daripada bantuan SkillsFuture, bantuan seperti peluang pekerjaan bagi pekerja lanjut usia yang menjangkaui usia lebih 60 tahun juga diperlukan.



"Saya mempunyai kenalan yang perlu menyara cucunya. Pada masa yang sama, beliau juga perlu memikirkan untuk membayar kos perumahannya.



"Jadi bagi kenalan saya dan ramai seperti beliau, mereka ingin terus bekerja untuk menyara keluarga mereka," kata beliau.



Mengulas, Dr Faishal menjelaskan bahawa perkara ini dihadapi ramai yang sudah bersara bukan hanya di Singapura tetapi golongan ini tidak ketinggalan dengan bantuan yang disediakan.



"Kami akan membantu golongan ini supaya mereka boleh lanjutkan pekerjaan.



"Jika para pekerja lanjut usia tidak dapat pekerjaan ini, terdapat skim pertolongan seperti Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) yang boleh memberi bantuan yang lebih lanjut," ujar beliau.



Di bawah Pakej Bantuan Pekerja Lanjut Usia, geran seperti Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan akan menyokong majikan menawarkan pengambilan bekerja semula sambilan kepada pekerja lanjut usia yang layak dan memohon bagi aturan kerja sedemikian.



Selain itu, Geran Pengamal Awal bagi Pengambilan Pekerja Lanjut juga akan diperkenalkan untuk menyokong perusahaan yang menaikkan usia persaraan dan usia pengambilan bekerja semula awal.



Satu lagi isu yang diketengahkan semasa dialog ialah berkaitan perniagaan yang terjejas kerana penularan Covid-19.



Ketika ditemui oleh wartawan di akhir dialog, Encik Masagos berkata pada masa ini, pemerintah sedang memantau situasi tersebut dan berkata belanjawan tahun ini banyak menekankan bantuan yang diberikan untuk menangani masalah Covid-19 dan juga kos kehidupan.



"Encik Heng Swee Keat telah mengumumkan bantuan yang saya fikir cukup untuk mereka yang terkesan oleh masalah Covid-19 sekarang ini.



"Tetapi kita juga harus gunakan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran dan juga memikirkan bagaimana perusahan itu dapat berkembang pada masa yang akan datang kerana jelas masalah Covid ini akan berlalu," kata beliau sambil menggalak masyarakat Melayu mengunakan Kredit SkillsFuture untuk meningkatkan kemahiran mereka.




"Encik Heng Swee Keat telah mengumumkan bantuan yang saya fikir cukup untuk mereka yang terkesan oleh masalah Covid-19 sekarang ini. Tetapi kita juga harus gunakan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran dan juga memikirkan bagaimana perusahan itu dapat berkembang pada masa yang akan datang kerana jelas masalah covid ini akan berlalu," kata beliau sambil menggalak masyarakat Melayu mengunakan Kredit SkillsFuture untuk meningkatkan kemahiran mereka."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zulkifli Masagos Mohamad.



"Kami akan membantu golongan ini supaya mereka boleh lanjutkan pekerjaan. Jika para pekerja lanjut usia tidak dapat pekerjaan ini, terdapat skim pertolongan seperti Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) yang boleh memberi bantuan yang lebih lanjut."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, mengenai bantuan kepada warga lanjut usia untuk terus bekerja. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >