Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu peribadi, lebih masa terluang dalam talian antara faktor risiko jadi radikal

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



BEBERAPA belia Singapura yang radikal didapati mengalami isu peribadi seperti keganasan dan pertelingkahan di rumah, yang kemudian membuat mereka lebih mudah terjerumus dalam ekstremisme, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo.



Ini disebabkan keadaan psikologi dan emosi yang mungkin timbul selepas pengalaman traumatik, sekali gus menjadi antara faktor yang boleh menambah risiko seseorang menjadi radikal.



Sebagai contoh, seorang belia warga Singapura menghadapi konflik keluarga dan kesukaran dalam pembelajarannya.



Bagi menanganinya, beliau beranganangan menjadi mujahid atau pejuang agama untuk keluar daripada realiti hidupnya, kata Cik Teo.



Selain faktor situasi yang dihadapi individu, satu lagi faktor yang menambah risiko seseorang menjadi radikal ialah pengaruh sekitaran termasuk keluarga dan kenalan lain, serta Internet dan media sosial ujar Cik Teo.



"Ancaman (radikalisasi) ini juga telah dipertingkat dengan Covid-19 sedang orang ramai meluangkan lebih masa dalam talian, dan mempunyai kurang peluang untuk interaksi sosial secara bersemuka, di mana kita lihat satu sama lain sebagai sebahagian umat manusia, yang kita lebih serupa daripada berbeza. Interaksi sebegitu kini berada dalam risiko.



"Kumpulan pengganas sedang menggunakan pembukaan ini untuk mengeluarkan lebih kandungan dalam talian untuk menarik lebih banyak pengikut," kata Cik Teo.



Beliau berkata demikian semasa berucap di tayangan pertama filem 'Seeking The Imam' di Furama RiverFront semalam.



Filem sepanjang 25 minit itu menggambarkan dilema seorang perempuan dalam mencari kepimpinan dan orang yang membimbing dalam perjalanannya mencari identiti dan pembangunan peribadi. Acara tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Humanity Matters.



Menurut Cik Teo, pendekatan yang holistik penting untuk menentang radikalisasi dan mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat individu yang menjadi radikal.



Beliau memberi contoh usaha yang diterajui Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Susulan Antara Agensi yang merangkumi pemulihan keagamaan, sosial dan psikologi. Selain itu, perlu untuk berusaha memperdalam pemahaman silang agama dan budaya.



Beliau juga mengingatkan orang ramai agar terus berwaspada dalam mengesan tanda-tanda radikalisasi dalam kalangan kenalan, dan menekankan peri penting melaporkannya awal kepada pihak berkuasa.



Cik Teo turut menekankan bahawa radikalisasi tidak terhad kepada mana-mana agama atau kumpulan etnik, dan merupakan "racun" yang boleh meresapi ke mana sahaja terdapat keretakan dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >