Isu radikal sendiri ancaman berterusan

Asatizah tekankan peri penting usaha sama pelbagai pihak mencegah penularan fahaman radikal

PENAHANAN terbaru dua warga Singapura yang merancang ke Syria bagi menyertai militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menunjukkan bahawa isu radikal sendiri satu ancaman berterusan yang memerlukan usaha sama semua pihak untuk menanganinya.

Beberapa asatizah yang dihubungi Berita Harian juga menekankan peri penting masyarakat Muslim mempelajari agama daripada asatizah bertauliah supaya pendidikan itu dapat dijadikan benteng daripada ancaman radikal dan ekstremisme

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto