Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu tanah hutan Kranji: Semua agensi semak projek 'elak kesilapan berulang'

Feb 22, 2021 | 08:15 PM



KERJA pembangunan di sebidang tanah rimba yang dibersihkan secara tidak sengaja kekal dihentikan sedang pihak berkuasa menyelongkar butiran terperinci mengenai apa sebenarnya yang menimbulkan kesilapan itu.



Kejadian di mana unsur kehijauan ditebas sebelum satu kajian biodiversiti diselesaikan juga menggesa satu usaha menyemak semula bagaimana agensi bekerja, secara dalaman dan dengan satu sama lain, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, pada Isnin (22 Februari).



"Khidmat awam akan belajar daripada peristiwa ini dan perbaiki (proses kerjanya)," katanya sambil menambah beliau telah mengarah agensi yang terlibat dalam projek pembersihan tanah ini agar segera memeriksa dan memastikan proses yang mereka kendalikan ini berjalan dengan teratur "bagi mengelakkan sebarang kesilapan diulangi," tambah Encik Chan.



Beliau berucap di satu sidang media maya yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, Ketua Eksekutif JTC, Encik Tan Boon Khai, dan Pesuruhjaya Taman dan Riadah di Lembaga Taman Negara (NParks), Dr Leong Chee Chiew. 



Menyifatkan keadaan itu sebagai "dikesali dan amat mencetus keprihatinan", Encik Lee pula menekankan bahawa satu siasatan menyeluruh akan dijalankan dengan penemuannya didedahkan kepada awam.



Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Encik Joseph Leong, yang juga Setiausaha Tetap (Perhubungan dan Penerangan), akan memimpin proses semakan semula yang mengambil masa sekitar tiga bulan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >