Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu tinjauan lucah: Presiden Halimah gesa Muis, polis jalankan siasatan menyeluruh

May 27, 2021 | 06:32 PM



TINJAUAN yang menyenaraikan nama dan gambar ustazah setempat berdasarkan daya tarikan seksual mereka bukan sahaja merupakan jenis gangguan paling teruk yang menyalahi undang-undang Singapura, malah ibarat undangan terbuka melakukan keganasan seksual terhadap wanita, kata Presiden Halimah Yacob.



Puan Halimah yang menulis di Facebook pada Khamis (27 Mei) menggesa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pihak polis agar melakukan siasatan penuh dan menghukum mereka yang terlibat.



Beliau turut menggesa pihak berkuasa agar mempertimbang semula sama ada mereka yang terlibat – ada yang didakwa merupakan pelajar yang sedang menceburi pengajian agama Islam – masih layak berdakwah kepada masyarakat selepas menamatkan pengajian masing-masing.





Puan Halimah berkata beliau amat prihatin apabila membaca tentang tinjauan tersebut yang diterbitkan di alam maya.



“Adakah tiada batas bagi sebahagian orang yang menjatuhkan maruah dan merosakkan kesucian wanita? Mereka yang menjalankan tinjauan tersebut dan mereka yang mengambil bahagian wajar diberikan kecaman yang paling keras daripada kita,” kata Puan Halimah.



Menggesa Muis dan polis melakukan siasatan penuh, Puan Halimah berkata:



“Kita tidak boleh membenarkan identiti yang diselindung di web memberanikan mereka yang ingin menyalah guna, memburuk-burukkan dan mencemari wanita."



Puan Halimah menambah pihak berkuasa juga perlu mempertimbangkan semula sama ada membenarkan mereka yang bertanggungjawab berdakwah dalam masyarakat – jika dakwaan terbukti pelajar yang menceburi bidang agama turut terlibat – selepas pengajian mereka tamat.



Dalam tinjauan yang difahami dimulakan oleh pengguna yang menamakan dirinya M.A, nama serta gambar 12 ustazah setempat telah digunakan dengan warganet diminta memberi mereka 'ranking' (penilaian mengikut susunan) berdasarkan tarikan seksual.



Sehingga Khamis, lebih 1,000 orang difahamkan telah mengambil bahagian dalam tinjauan yang diadakan di aplikasi MeWe itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >