Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU TUDUNG JURURAWAT

Bayangan diberi 6 bulan lalu kemungkinan peraturan diubah

Shanmugam dedah hal ini dimaklum kepada beberapa asatizah mapan dalam dialog tertutup * Pemerintah lihat ada sebab baik jururawat dibenar pakai tudung * Pendirian ini selaras dengan kenyataan terbaru Masagos di Parlimen * Keputusan akan diumum selepas siri perbincangandengan masyarakat
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



BAYANGAN tentang kemungkinan ada perubahan peraturan bagi membolehkan jururawat memakai tudung, jika mereka ingin berbuat demikian, sebagai sebahagian seragam mereka, telah diberikan seawal enam bulan lalu.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mendedahkan semalam, hal ini telah disampaikan beliau kepada beberapa asatizah dalam satu sesi privet pada 31 Ogos lalu.



Sesi itu dihadiri Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Ali Mohamed, dan Ustaz Pasuni Maulan serta beberapa pegawai Pergas.



Encik Shanmugam mendedahkan hal ini dalam satu dialog dengan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di auditorium Masjid Khadijah semalam.



Beliau juga menyatakan pendirian pemerintah berhubung isu tudung ini selaras dengan apa yang dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen, pada 8 Mac lalu.



Pemerintah akan mengumumkan keputusannya tentang hal itu setelah selesai mengadakan perbincangan dengan masyarakat, yang sedang berjalan dan akan mengambil beberapa bulan lagi.



Semalam, Encik Shanmugam berkata asatizah telah bertanya tentang isu pemakaian tudung oleh jururawat kepadanya dalam sesi tertutup pada 31 Ogos itu.



"Saya beritahu anda secara terus terang: Kami boleh lihat ada sebab-sebab baik mengapa jururawat harus dibenarkan memakai tudung jika mereka memilih untuk berbuat demikian.



"Saya berkata ini sedang dibincangkan secara dalaman. Setelah itu, pandangan kami ialah - kemungkinan akan ada perubahan. Kami sedang berunding dengan masyarakat sebelum kami membuat perubahan," kata Encik Shanmugam.



Di Parlimen pada 8 Mac lalu, Encik Masagos berkata pemerintah memahami pandangan mereka yang mahu memakai tudung sebagai sebahagian daripada seragam jururawat.



Semalam, Encik Shanmugam berkata kenyataan Encik Masagos itu memberi isyarat tentang fleksibiliti.



"Beliau tidak berkata 'tidak boleh'," kata Encik Shanmugam, yang menambah "malangnya banyak salah faham timbul" daripada apa yang diperkatakan Encik Masagos.



Kata Encik Shanmugam lagi, petanda paling jelas mengenai pendirian pemerintah ialah apa yang beliau katakan kepada asatizah dalam sesi 31 Ogos itu.



"Saya dan Menteri Masagos kedua-duanya menyatakan pendirian pemerintah. Namun, kerana beliau berucap di Parlimen, di ruang awam, apa yang beliau sampaikan haruslah bersifat umum, manakala saya dapat berterus terang dengan anda secara peribadi," ujar Encik Shanmugam.



Tambahnya, pemerintah perlu membuat pertimbangan yang berhati-hati dalam hal ini, kerana ia berkait dengan banyak faktor.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menemui pemimpin masyarakat Islam untuk membincangkan isu ini.



Pemerintah juga telah mendapatkan pandangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Setelah perbincangan selesai, pemerintah akan mengumumkan keputusannya.




SEMOGA ADA HURAIAN YANG DIHARAPKAN TAK LAMA LAGI

“Kami telah lama membincangkan hal ini dengan pelbagai lapisan anggota masyarakat Melayu/Islam kita. Perbincangan diadakan di belakang tabir sebab itu ia berjalan dalam suasana tenang, akhirnya kita selesa dan jujur membincangkan dari hati ke hati demi kemaslahatan masa depan masyarakat dan negara. Pemerintah akur ada sebab yang baik untuk memberi jururawat Muslim kelonggaran untuk mengenakan tudung bagi mereka yang pilih untuk berbuat demikian. Sebenarnya kita telah meninjau kemungkinan untuk mengubah dasar yang ada sekarang ini tetapi isu ini kait-mengait dan tersimpul kuat dengan faktor-faktor lain jadi pemerintah harus membuat pertimbangan dengan teliti... Pemerintah memerlukan beberapa bulan lagi untuk mencari huraian yang terbaik dalam hal ini. Kami akan umumkan keputusan kami apabila semua perbincangan selesai kelak.”

– Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 




LAPORAN LANJUT:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >