Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu video dakwa polis buli wanita tua di Yishun: Shanmugam pertahan pegawai, anggap video TOC tidak beretika, sinis, berniat jahat

May 26, 2021 | 02:04 AM



MENTERI Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, mempertahankan dua pegawai polis dalam kejadian wanita demensia yang tidak menggunakan pelitup di Yishun.



Kejadian itu menjadi buah mulut warganet apabila video pengguna Instagram @nichology mendakwa wanita tua itu dicemuh dan dimarahi pegawai polis berkenaan kerana tidak memakai pelitup di khalayak ramai.



Setelah Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi penjelasan bahawa pegawai polis itu tidak memarahi wanita warga emas itu malah membeli makanan buatnya makan malam dan berurusan dengan pembantu rumahnya, timbul pula video The Online Citizen Asia (TOC) pada tengah malam Selasa yang memaparkan wawancara bersama wanita itu yang menafikan polis tersebut memberinya makanan.



Encik Shanmugam yang ditemui media di ibu pejabat polis di New Phoenis Park pada Selasa (25 Mei) berkata dua pegawai itu sudah lama berkhidmat bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan bersama pegawai lain menyalur bakti buat warga Singapura, berada di barisan hadapan perjuangan menentang Covid-19 serta menegakkan undang-undang dan peraturan.



Encik Shanmugam berkata beliau telah mengarahkan polis agar mengeluarkan keratan video dari kamera lekap tubuh bagi membentangkan fakta sebenar kerana video yang tular di dalam talian mempunyai mutu audio yang rendah dan tidak memberi gambaran sebenar mengenai kejadian itu.



Sambil meminta orang ramai agar menonton keratan video itu sendiri, beliau berkata:



"Anda boleh menontonnya , ia jelas."



Menurut Encik Shanmugam, keratan video kamera yang dilekap pada tubuh dianggap bukti dan boleh menjadi sebahagian proses siasatan jika kesalahan itu dilakukan.



Katanya:



"Pihak polis berkuasa mengeluarkannya (video itu), tetapi jika anda melihat pada keadaannya dan memastikan tiada yang prejudis dengan pengeluaran keratan video ini dan siasatan juga tidak prejudis. Semestinya ada sebab baik bagi mengeluarkan video ini."



Encik Shanmugam pula menyifatkan video TOC itu sebagai serangan sinis, tidak beretika dan berniat jahat terhadap polis. Beliau juga menambah TOC mengambil kesempatan ke atas wanita tua dengan demensia itu.



"Mereka yang pernah berurusan dengan golongan dengan demensia akan tahu anda boleh kadangkala mendapatkan mereka untuk berkata perkara yang mereka tidak ingati...Anda mewawancaranya, wanita berusia ini, cuba dapatkannya berkata beberapa perkara. Saya menganggapnya perbuatan keji," jelasnya. 



Beliau juga menyatakan polis kini masih memikirkan kemungkinan mengambil tindakan lanjut ke atas TOC. Beliau menambah TOC harus bersandarkan politik apabila menyerang pemerintah dan tidak babitkan pegawai polis.



"TOC menyerang pemerintah dengan pasukan penulis Malaysia, itu perkara biasa. Tapi saya katakan, simpan niat jahat dan bisa itu hanya pada politik.



"Kami boleh menanganinya. Jangan bawa ketoksikan itu untuk menyerang pegawai polis, kasihani mereka. Mereka hanya menjalankan tugas mereka," tambahnya lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >