Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu wujudkan budaya guna PMD, basikal lebih selamat dibincangkan

May 27, 2018 | 05:30 AM



PANEL Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) telah menamatkan siri perundingan awam, yang bertujuan mengumpul maklum balas tentang penggunaan basikal dan alat mobiliti peribadi (PMD) di laluan umum.



Perundingan yang dimula bulan lalu memberi tumpuan kepada sama ada penggunaan topi keledar perlu diwajibkan, had kelajuan di laluan pejalan kaki dan adakah penunggang perlu turun dari alat mobiliti peribadi semasa menyeberang jalan raya.



Dalam satu sesi perbincangan fokus (FGD) semalam, isu itu telah hangat dibincangkan.



Menulis di laman Facebooknya, Pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang menyertai sesi FGD di bangunan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam berkata beliau terangsang dengan pelbagai idea dan saranan baik yang diketengahkan.



"Saya ingin melahirkan rasa terima kasih saya kepada semua yang ingin menyumbang demi menjadikan Singapura tempat yang selamat bagi penunggang basikal, pengguna alat mobiliti peribadi dan pejalan kaki.



"Bersama kita boleh jadikan pengalaman berbasikal dan menggunakan PMD lebih selamat di Singapura," tulisnya.



Selain FGD, lebih 6,000 responden juga mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian sepanjang bulan lalu.



Menurut Dr Faishal, pihaknya juga amat gembira terhadap minat mendalam yang ditunjukkan orang awam terhadap isu ini.



Sementara itu, lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam kegiatan pengalaman dengan mereka perlu merakamkan pengalaman mereka dalam diari perjalanan.



Dalam kegiatan itu, peserta perlu berbasikal atau menggunakan PMD dengan pelbagai kelajuan selain turun dan menolak basikal atau alat itu di semua lalu lintas.



Pengalaman dan cabaran mereka itu kemudian ditulis dalam diari perjalanan tersebut.



Panel Amap akan mengambil kira dapatan dan maklum balas daripada tinjauan dalam talian, kegiatan pengalaman dan FGD apabila menjalankan semakannya.



Ia kemudian mengemukakan saranannya kepada pemerintah, sekitar lewat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >