Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran lancar laluan basikal di CBD

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



LAGI 6 kilometer laluan berbasikal kini disediakan di kawasan pusat bandar (CBD) yang menghubungkan kawasan popular seperti Bendungan Marina kepada kemudahan pengangkutan dan tempat kerja, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Laluan berbasikal baru itu menghubungkan tempat kerja kepada kemudahan seperti stesen MRT, stesen laluan baru Laluan Thomson East-Coast serta tempat komersial tertentu seperti Tanjong Pagar Plaza, Lau Pa Sat, Pusat Penjaja Market Street dan Hong Lim Complex, kata Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran ketika satu acara pelancaran di Tanjong Pagar semalam.



Laluan itu adalah sebahagian rancangan memperluas rangkaian berbasikal serata pulau Singapura, katanya dalam ucapannya sewaktu acara itu.



"Di kawasan pusat bandar dan kawasan warisan ini, terdapat potensi baik untuk menjadikan kaedah berjalan kaki dan berbasikal sebagai cara terbaik untuk berjalan ulang-alik di kawasan ini. Ini dilakukan bukan sahaja untuk mempertingkat prasarana dan kaedah perhubungan, yang secara tersendiri adalah penting, namun juga mempertingkat landskap bandar ini serta identitinya," kata Encik Iswaran.



Dengan tambahan laluan berbasikal itu, kini terdapat 21 kilometer laluan berbasikal dan laluan penghubung taman di CBD. Kerja pembinaan laluan baru itu dimulakan pada 2018.



Encik Iswaran berkata dengan mengadakan laluan berjalan kaki dan berbasikal di kawasan berkenaan memerlukan lebih banyak prasarana yang menyokongi kaedah mobiliti tersebut, seperti tempat letak basikal, tandas untuk mandi dan kemudahan menyimpan barang peribadi.



LTA berharap ia dapat mencapai demikian menerusi Geran Ulang-alik Aktif-nya yang membiayai sehingga 80 peratus kos pembinaan kemudahan tersebut sehingga jumlah maksimum $80,000 bagi setiap kerja pembangunan.



Encik Iswaran berkata: "Kami berbesar hati melihat lebih minat ditunjukkan oleh syarikat pembangunan yang menyokongi kaedah ulang-alik aktif ini.



"Misalnya syarikat GuocoLand dan CapitaLand telah menjadi penyokong kuat terhadap kaedah mobiliti aktif, dan mereka telah memudahkan pembinaan laluan berbasikal dan prasarana berbasikal lain sebagai sebahagian projek pembangunan mereka."



Terdapat, 4,800 tempat letak basikal di sekitar CBD, kata LTA, termasuk 120 kemudahan tersebut yang baru ditambah dengan menggantikan sebanyak 12 ruang tempat letak kereta di jalanan.



Demikian menyusuli satu percubaan pada lewat 2019 di mana LTA menggantikan dua ruang parkir kenderaan tepi jalan di Jiak Chuan Road di Chinatown untuk dijadikan tempat letak basikal.



Encik Iswaran berkata, penyediaan laluan sebegitu adalah sebahagian strategi Singapura untuk menggalak orang ramai memilih berjalan kaki atau berbasikal sebagai kaedah ulang-alik mereka.



Demikian satu strategi teras demi menjadikan sektor pengangkutan setempat yang mesra alam dan mampan bagi menyumbang kepada matlamat senegara untuk mencapai pengeluaran karbon sifar bersih menjelang 2050.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >