Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran lawat Brussels, London

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pengangkutan, Encik S. Iswaran, kini dalam lawatan rasmi ke Brussels, Belgium, dan London, Britain, dari 5 hingga 11 Disember.



Kenyataan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata lawatan tersebut akan mengesahkan hubungan Singapura yang telah lama terjalin dan teguh dengan kededua negara tersebut, terutamanya dalam bidang pengangkutan dan perdagangan.



Semasa lawatannya ke Brussels, Encik Iswaran yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan akan bertemu Cik Adina Vălean, Pesuruhjaya untuk Pengangkutan, Suruhanjaya Eropah, bagi menguatkan lagi kerjasama pengangkutan antara kedua-dua pihak.



Ini setelah persetujuan dicapai di bawah Perjanjian Pengangkutan Udara Komprehensif Asean-EU (AECATA) awal tahun ini.



Selain itu, Encik Iswaran juga akan mempengerusikan Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) Singapura-Kesatuan Eropah (EUSFTA) yang julung kali diadakan bersama Naib Presiden Eksekutif bagi Ekonomi Berfungsi untuk Rakyat dan Pesuruhjaya Perdagangan, Encik Valdis Dombrovskis.



Di London pula, Encik Iswaran akan menerajui delegasi Singapura, terdiri daripada pegawai MOT dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), ke Sesi Tetap Ke-32 Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO).



Beliau juga akan bertemu Encik Kitack Lim, Setiausaha Agung IMO, dan menandatangani Memorandum Kerjasama mengenai penyertaan Singapura dalam Skim Audit Negara Anggota IMO (IMSAS) dengan Encik Lim, sebelum perjumpaan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >