Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran: Media yang berwibawa penting bagi perpaduan SG

* Lahir sokongan pemerintah bagi akhbar vernakular * Mantan menteri Khaw Boon Wan bakal jadi pengerusi pertama entiti baru SPH
May 11, 2021 | 05:30 AM



MEDIA Singapura bermutu tinggi, profesional serta dihormati yang melaporkan berita untuk warga adalah penting bagi perpaduan negara.



Menyatakan demikian di Parlimen semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, turut menekankan komitmen pemerintah untuk membantu media setempat termasuk akhbar vernakular menyesuaikan diri dan maju dalam era digital.



Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Menteri menyusuli cadangan untuk menyusun semula perniagaan media Singapore Press Holdings (SPH) Ltd.



Minggu lalu, SPH mengumumkan cadangan untuk memindahkan perniagaan media syarikat itu ke sebuah entiti bukan keuntungan yang akan menjadi syarikat berhad dengan jaminan, atau company limited by guarantee (CLG).



Cadangan tersebut telah mendapat sokongan pemerintah. Encik Iswaran menambah pemerintah bersedia menawarkan sokongan dana kepada CLG itu dengan model pembiayaan serupa Mediacorp.



Dalam kenyataannya, Encik Iswaran turut mengumumkan bahawa mantan menteri Kabinet, Encik Khaw Boon Wan, akan menjadi pengerusi pertama entiti baru itu.



Beliau juga menambah pemerintah tidak berhasrat atau menjangka langkah memindahkan SPH Media kepada CLG menjejas hubungan antara kementeriannya dengan bilik berita SPH.



SPH antara lain menerbitkan akhbar ini, selain The Straits Times, akhbar bahasa Cina Lianhe Zaobao dan Tamil Murasu.



"Pemerintah sedar media berita setempat harus terus menjadi institusi berwibawa yang dipercayai warga Singapura dan ia terus menjadi tanggungjawab editor dan wartawan di SPH Media untuk melaporkan berita dan pelbagai pandangan secara objektif, dan dari sudut pandang warga Singapura," kata Encik Iswaran.



Media di sini disesuaikan dengan keadaan unik negara ini dengan ekonomi yang terbuka dan masyarakat berbilang bangsa, kata beliau.



"Mereka membantu mentafsirkan peristiwa dunia menerusi lensa Singapura dan menganalisis kesannya pada kehidupan kita. Ini lebih-lebih lagi penting dalam era persaingan geopolitik yang meningkat sekarang," ujarnya.



Bahkan, media berita turut memastikan tahap ketepatan dan keseimbangan yang tinggi, membezakan fakta daripada kepalsuan, termasuk dalam pandemik ini, kata Encik Iswaran.



Mengulas tekanan struktur yang dihadapi kumpulan media di Singapura dan luar negara, Encik Iswaran berkata permintaan bagi berita bermutu tinggi tidak berkurangan, tetapi ada cabaran meraih keuntungan daripada inisiatif digital, suatu pengalaman sejagat. Justeru, banyak syarikat di luar negara mengambil langkah menjimat kos untuk terus bertahan.



Ada juga yang dibiayai pihak luar seperti The Washington Post yang diperoleh pengasas Amazon Jeff Bezos pada 2013, dan The Guardian di Britain yang dimiliki badan tidak meraih keuntungan Scott Trust sejak 1936.



SPH perlu menetapkan hala tujunya untuk menyemak dan mencipta semula model perniagaannya bagi era digital ini, ujar Encik Iswaran.



Mengulas peranan media vernakular pula, Encik Iswaran berkata pemerintah harus mengambil pandangan jangka panjang dan mengorak langkah menjamin kemampanan media setempat. Beliau berkata tekanan berterusan terhadap akhbar vernakular akan menjejas perpaduan negara berbilang masyarakat di Singapura.



Justeru, pelaburan berterusan dalam membangun keupayaan dan peralihan digital dalam media setempat diperlukan, jika ingin mengekalkan mutu dan jumlah pengedaran akhbar seperti yang diterbitkan SPH. Dalam perbahasan menyusuli kenyatannya, Encik Iswaran telah menolak saranan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, untuk mengadakan sebuah jawatankuasa pilihan supaya warga dapat memberi maklum balas berhubung media setempat.



Beliau berkata, meskipun model yang ada sekarang tidak sempurna, ia tetap berkesan bagi konteks Singapura.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >