Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran: Orchard Road mungkin diubah menjadi kawasan pejalan kaki

Apr 13, 2017 | 04:19 PM



KAWASAN membeli-belah utama Singapura - Orchard Road - mungkin diubah menjadi kawasan pejalan kaki sepenuhnya.



Ia merupakan sebahagian daripada pelan berani untuk merubah kawasan itu menjadi 'syurga' membeli belah dan destinasi gaya hidup yang unik di negara ini.



Ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik S. Iswaran, hari ini (13 Apr).



Berucap di persidangan perusahaan pelancongan, beliau berkata agensi pemerintah seperti Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan bekerja bersama-sama sektor swasta untuk menjadikan Orchard Road mesra pejalan kaki dan selesa untuk kegiatan peringkat jalanan.



Menjadikan Orchard Road sebagai kawasan pejalan kaki merupakan salah satu pilihan yang sedang diteroka pemerintah dalam jangka panjang.



Buat permulaan, agensi-agensi terlibat sedang mempertimbang program pengurangan jalan dan membuka sebidang tanah milik negara di Orchard Road bagi meluaskan laluan pejalan kaki, katanya.



Memberi perincian lanjut bagi pelan itu, Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Encik Lionel Yeo berkata, penambahbaikan laluan akan dilakukan demi menjadikan kawasan Orchard Road lebih mesra pejalan kaki.



Pemerintah sedang mengkaji untuk menambak satu lorong di sepanjang Orchard Road untuk meningkatkan kemudahan bagi pejalan kaki dan menyokong lebih banyak konsep 'pop-up' dan acara.



Menurut timbalan ketua eksekutif STB, Cik Melisa Ow, rancangan untuk menambak sebahagian lorong di Orchard Road mungkin dilakukan di bahagian kanan jalan raya yang mempunyai lima lorong itu, disebabkan adanya laluan khas untuk bas di sebelah kanan.



Bagaimanapun, melihat kepada keadaan Orchard Road yang merupakan satu kawasan sibuk, pertimbangan dan perancangan teliti diperlukan untuk menilai kebolehlaksanaan dan kesan ke atas pengguna jalan raya, kata Cik Ow.



Antara faktor yang dipertimbang termasuklah jumlah kenderaan yang perlu melalui laluan pilihan, pemulihan penanaman pokok dan isu-isu berkaitan kerja-kerja peningkatan jalan raya seperti masalah genangan air dan keselamatan pejalan kaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >