Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Iswaran: SG mahu terus buka semula sempadan beransur-ansur

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mahu terus membuka semula sempadannya secara beransur-ansur, dan mempunyai rancangan memulihkan perjalanan bebas kuarantin dengan lebih banyak negara dan wilayah, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Meskipun pemerintah telah meletak sekatan terhadap Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) sebagai respons terhadap gelombang varian Omicron Covid-19 di peringkat global, Encik Iswaran semalam memberi jaminan kepada Parlimen bahawa perjalanan tanpa kuarantin akan disambung jika ia dinilai selamat.



"Adalah penting kita meneruskan misi kita untuk membuka semula sempadan kita.



"Skim VTL adalah penunjuk laluan berguna untuk kita mewujudkan, menguji dan membina keyakinan dalam pembukaan semula selamat kepada pengunjung yang sudah divaksinasi.



"Pada asasnya, kami ingin berusaha ke arah perjalanan bebas kuarantin untuk mereka yang telah divaksinasi," kata Encik Iswaran, yang turut menjangka pemulihan selanjutnya industri itu sepanjang tahun ini, melainkan berlaku halangan tidak dijangka seperti varian Omicron.



Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai pembukaan semula sempadan, langkah melindungi pekerja lapangan terbang, dan prospek industri penerbangan pada tahun akan datang.



Mengenai keputusan Singapura membekukan perjalanan rentas sempadan dengan menggantung semua penjualan tiket bas dan penerbangan ke Singapura di bawah VTL dari 23 Disember lalu hingga 20 Januari ini, berikutan peningkatan kes import Covid-19, beliau berkata:



"Pembekuan (perjalanan) ini sebahagian daripada siri langkah yang ditentukur, yang berdasarkan penilaian risiko kesihatan awam terkini serta perkembangan di seluruh dunia.



"Adalah penting mengimbangi keperluan mengurus risiko mengimport kes Omicron, sambil mengurangkan gangguan terhadap pelancong yang telah membuat tempahan VTL untuk memasuki Singapura."



Memberi perincian kes import Omicron, Encik Iswaran berkata sekitar 2,600 jangkitan Omicron diimport ke Singapura melalui VTL. Ini adalah sekitar 60 peratus daripada 4,322 jangkitan Omicron yang direkodkan di Singapura setakat ini.



Menurut beliau, sebahagian besar kes import adalah warga negara ini sendiri, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke sini, dengan pengunjung jangka pendek membentuk kurang 10 peratus.



Ini sejajar dengan jumlah pengunjung yang menggunakan 24 VTL yang dilancarkan di sini sejak September, tambah beliau.



Dalam pada itu, Encik Iswaran berkata jangkitan ini berlaku di tengah-tengah peningkatan ketara jumlah penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi sepanjang tahun lalu - daripada 3 peratus tahap pra-Covid-19 pada awal tahun lalu kepada 15 peratus pada akhir Disember, didorong oleh pelancaran VTL.



Menjawab pertanyaan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) tentang langkah dipertingkat lain yang diambil bagi melindungi pekerja lapangan terbang daripada Omicron, Encik Iswaran berkata pihak berkuasa telah mempertingkat protokol ujian ke atas pekerja.



Antara protokol itu ialah memastikan mereka menjalani rejim ujian Reaksi Rantai Polimerase (PCR) rutin berjadual dan, bagi pekerja lapangan terbang barisan hadapan berisiko lebih tinggi, ujian antigen pantas (ART) terselia telah diperkenal sebagai tambahan kepada ujian PCR rutin berjadual itu.



Dalam pada itu, semua kru penerbangan Singapura yang telah ke negara terjejas perlu menjalani ujian PCR setiba mereka di sini dan ujian PCR pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan.



"Protokol ini akan diselaraskan seperti yang dilakukan pada masa lalu, mengikut penilaian risiko kesihatan awam terkini," ujar Encik Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >