Iswaran: Warga S’pura perlu kerjasama cegah berita palsu

Undang-undang yang sedang dirancang untuk memerangi berita palsu perlu disokong dengan usaha setiap warga supaya lebih berkesan melindungi Singapura daripada bahaya maklumat palsu, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S. Iswaran.

Garisan pertahanan paling penting adalah warga dan pengguna Internet yang boleh membezakan maklumat palsu dengan yang benar di dalam talian, tambah beliau.

“Kita sedang berusaha membentuk undang-undang bagi mengehadkan penyebaran sengaja kepalsuan dalam talian,” ujar Encik Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber.

“Namun, integriti dan keandalan Internet, serta medial sosial terletak di pundak setiap pengguna Internet,” ujar beliau, menambah.

 

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.