LAWATAN PRESIDEN TONY TAN KE ITALY DAN HOLY SEE
Italy tawar peluang niaga bagi S'pura
Presiden Tony Tan: Republik boleh rebut peluang ekonomi dan budaya apatah lagi banyak potensi kerjasama belum diterokai
May 31, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA boleh merebut peluang ekonomi dan budaya yang ditawarkan Italy, kata Presiden Tony Tan Keng Yam kelmarin.
Walaupun Singapura secara tradisinya lebih mendekati negara berbahasa Inggeris, kedua-dua Singapura dan Italy muncul sebagai hab di rantau masing-masing dan terdapat banyak potensi kerjasama yang belum diterokai dalam bidang seperti perdagangan, penyelidikan dan reka bentuk.