Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE anjur 30 bengkel kemahiran buat masyarakat sempena ulang tahun ke-30

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) telah melancarkan Program '30 Hadiah dari ITE untuk Komuniti' semalam sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya ke-30.



Program yang menawarkan 30 bengkel kemahiran yang antaranya merangkungi bidang kesihatan dan kesejahteraan, kemampanan dan pencegahan penipuan digital, telah disusun khas dan akan memanfaatkan 17 kumpulan berbeza dalam masyarakat.



Ia akan berlangsung hingga akhir Oktober ini.



Bengkel-bengkel itu akan ditawarkan di seluruh Singapura bagi penduduk dan warga tua yang berminat, antaranya di Kelab Masyarakat (CC) Chua Chu Kang, pusat-pusat aktiviti warga tua serta di East Coast GRC, Central dan South East CDC.



Berucap di pelancaran program tersebut semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ITE, Cik Low Khah Gek, berkata program ini bertujuan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan menghargai sokongan dan penglibatan masyarakat dalam transformasi ITE sejak 30 tahun lalu.



"Masyarakat Singapura telah memberikan sokongan apabila pelajar kita mencapai kejayaan dan telah menghulurkan bantuan apabila pelajar kita memerlukan bantuan kewangan dan ada juga yang telah meluangkan masa untuk menjadi mentor kepada pelajar kita.



"Oleh itu, kami ingin memberikan penghargaan dengan menawarkan kemahiran melalui bengkel-bengkel ini supaya boleh dimanfaatkan oleh masyarakat," ujar beliau.



Turut hadir di pelancaran itu ialah Menteri Negara (Pendidikan dan Tenaga Manusia, Cik Gan Siow Huang.



Menurutnya, beliau berasa gembira dengan ITE yang menandakan ulang tahun ke-30nya dengan berkongsi kemahiran kakitangan dan pelajar mereka dengan masyarakat melalui program ini.



"ITE telah memainkan peranan penting dalam membolehkan kejayaan ekonomi Singapura dengan melatih dan melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran teknikal yang berkaitan dan telah secara konsisten mengembangkan infrastruktur dan program mereka serta bekerjasama dengan komuniti dan rakan kongsi industri untuk menyediakan pendidikan holistik untuk pelajar," ujar beliau.



Di acara pelancaran itu, Cik Gan telah menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara ITE bersama Diversey, sebuah syarikat global terkemuka yang menyediakan huraian kepada industri pembersihan dan kebersihan.



Kerjasama itu bertujuan untuk memacu kelestarian alam sekitar yang mewujudkan kesedaran tentang isu perubahan iklim dan membina keupayaan hijau melalui aktiviti penglibatan alam sekitar.



Melalui aktiviti ini, pelajar ITE akan belajar tentang kelestarian alam sekitar dan melibatkan diri dalam khidmat masyarakat melalui program Diversey.



Bagi pelajar ITE Kolej West, Encik Muhammad Fariqiel Jannah Ghabi, 30 tahun, beliau berasa gembira kerana berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek anjuran Diversey 'Soap For Hope' di mana beliau mengajar peserta dari APSN Delta Senior School dan Metta School cara menyelamatkan sabun hotel dan mengubahnya menjadi sabun baru yang kemudiannya didermakan kepada masyarakat berisiko di luar negara.



"Saya gembira kerana dapat mempelajari kemahiran baru dan berkongsi pengetahuan saya dengan masyarakat supaya bersama kita boleh memberi kesan yang lebih besar untuk alam sekitar dan masyarakat yang memerlukan," ujar pelajar tahun dua Nitec Pastri dan Membuat Kek itu.




ANTARA BENGKEL MENARIK YANG DITAWARKAN



BENGKEL: Sabun untuk Harapan bagi peserta APSN Delta School

TARIKH: 13 Julai

AKTIVITI: Peserta belajar cara untuk kitar semula sabun yang telah dipakai dari hotel dan mengubahnya menjadi sabun baru.



BENGKEL: Linen untuk Kehidupan bagi peserta Comnet - sebuah perkhidmatan Pusat Khidmat Keluarga Ang Mo Kio (AMKFSC)

TARIKH: 13 Julai

AKTIVITI: Warga emas mencipta beg tote sendiri di bawah bimbingan pelajar ITE menggunakan linen katil kitar semula dari hotel.



BENGKEL: Pemasaran Digital - Biar Jenama Anda Didengari di East Coast GRC

TARIKH: 20 Ogos

AKTIVITI: Peserta akan mendapat gambaran keseluruhan di pelbagai saluran dan platform media sosial yang boleh digunakan untuk pemasaran dan pelajari cara menggunakannya dengan berkesan untuk memasarkan dan mempromosikan produk mereka.



BENGKEL: Jadilah Boss Anda Sendiri - Bengkel Bina-Perniagaan-Anda-Sendiri untuk penduduk South East CDC

TARIKH: 20 Ogos

AKTIVITI: Bengkel ini menyediakan maklumat tentang cara memulakan perniagaan kecil dan perniagaan sendiri.



BENGKEL: Miliki Hati yang Gembira untuk Kehidupan Lebih Sihat untuk orang awam di RC Brickland

TARIKH: 10 September

AKTIVITI: Bengkel ini menyediakan pendidikan umum tentang kesihatan jantung, kemahiran menggunakan CPR+AED dan kemahiran pertolongan cemas yang mudah untuk menguruskan kecederaan ringan. Bengkel akan memberikan motivasi untuk memastikan jantung yang sihat serta mempunyai kemahiran yang berguna untuk kecemasan.



BENGKEL: Cipta Aplikasi Mudah Alih Tanpa Pengekodan (Android) untuk orang awam di Kelab Masyarakat Choa Chu Kang

TARIKH: 24 September

AKTIVITI: Bengkel ini akan mengajar peserta cara membuat aplikasi mudah alih Android dengan cara menyeronokkan tanpa memerlukan pengekodan semasa menggunakan App Inventor.



BENGKEL: Cara Mengesan Penipuan Digital untuk warga emas di CDC Central

TARIKH: 29 Oktober

AKTIVITI: Bengkel akan membantu meningkatkan kesedaran mengenai penipuan di alam siber dan pencegahan dalam masyarakat yang memberi berfaedah buat warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >