Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

ITE, firma meterai MOU kurang karbon, sedia kursus pendidikan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ITE, firma meterai MOU kurang karbon, sedia kursus pendidikan

Jun 16, 2022 | 05:30 AM

PENGURANGAN karbon dalam sektor marin dan maritim di Singapura memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat pembangunan mampan negara seperti yang dibentangkan dalam Pelan Hijau Singapura 2030.

Ini juga termasuk mengurangkan pengeluaran rendah karbon, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, semalam.

Beliau berucap semasa seminar pertama dikendalikan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang bertajuk "Inovasi Hijau dalam Penyakarbonan Marin" yang diadakan di ITE College Central.

ITE telah menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan firma kejuruteraan ABB Pte Ltd, untuk bekerjasama dalam bidang pengurangan karbon dalam robotik dan automasi.

Ia akan kemudian dipamerkan kepada industri tersebut.

Antara lain, MOU ini akan membolehkan pelajar ITE menyaksikan dan mempelajari konsep mengoptimumkan tenaga.

MOU itu akan berlangsung selama tiga tahun.

Selain pelajar, ITE dan ABB juga akan bekerjasama untuk mengembangkan dan menawarkan kursus pendidikan dan latihan berterusan (CET) bagi pelajar awam dan pelajar dewasa.

Ia akan dibahagikan kepada tiga bahagian pengenalan, praktikal dan kemudian projek terakhir bersama ABB.

ITE akan melancarkan kursus itu September ini dan akan mengambil kumpulan pelajar pertama pada Januari tahun depan.

"Sebagai hab global dan pusat maritim antarabangsa, Singapura bertekad untuk menyokong inovasi penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama yang bermakna untuk mengurangkan karbon industri karbon dan perkapalan antarabangsa," ujar Cik Low.

Ketua pegawai eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek berkata terdapat banyak kandungan akademik yang perlu dipelajari pelajar dalam industri tersebut.

"Di ITE, kami ingin kakitangan serta pelajar kami mengikuti perkembangan terkini dalam industri strategi mengurangkan karbon.

"Kami ingin merangkumi konsep baru dalam kurikulum dan membiasakan pelajar dengan kerja-kerja baru," ujar Cik Low Khah Gek.

Menyentuh akan MOU itu Cik Low tambah memuji sekolah kejuruteraan ITE dalam usaha mereka dalam mengendalikan acara itu.

"Kehadiran pelbagai pihak berkepentingan dalam industri di sini adalah bukti potensi hijau yang menjanjikan inovasi teknologi dan penyelesaian dalam marin sektor.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3