Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

ITE kerjasama dengan industri luas program

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR boleh menjangkakan lebih banyak peluang sedang Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bekerjasama dengan industri dan rakan kongsi pendidikan untuk meluaskan program diploma mereka, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



Sejauh ini, terdapat kemajuan dalam rancangan untuk menawarkan 1,000 tempat bagi program Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) setiap tahun menjelang 2025.



Tahun ini, ITE akan menawarkan 36 program WSDip bagi lebih 500 pelajar.



Di samping itu, ITE juga telah menawarkan tiga diploma teknikal dalam kejuruteraan automotif, teknologi mesin dan seni kulinari, bagi sekitar 100 pelajar setiap kohort.



Ini akan diluaskan kepada bidang lain termasuk kejuruteraan, perniagaan dan perkhidmatan.



Daripada segi hasil meraih pekerjaan selepas tamat pengajian diploma teknikal, sembilan daripada 10 berjaya mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian, dan gaji mereka setanding dengan lulusan politeknik.



Mengulas tentang keprihatinan Dr Shahira Abdullah dan Encik Abdul Samad Abdul Wahab (AP Dilantik), Dr Maliki berkata, ITE terus mempersiap lulusannya dengan baik.



"Meski dalam pandemik, lapan daripada 10 lulusan kohort 2020 ITE, mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan setelah tamat pengajian, dengan gaji median $2,000 bagi mereka yang bekerja sepenuh masa berbanding setahun sebelumnya," katanya.



Dapatan bagi kohort 2021 akan dikeluarkan lewat tahun ini.



Kemasukan pelajar memasuki politeknik dan ITE juga telah diluaskan, kata Dr Maliki.



Buat masa ini, 20 peratus kemasukan ke setiap politeknik, berjaya mendapat tempat berdasarkan kebolehan.



Mulai tahun ini, kesemua politeknik akan merintis modular fleksibel kepada pelajar yang memerlukan masa untuk membina asas lebih kukuh atau mencuba bidang keusahawanan.



Selain itu, Kementerian Pendidikan (MOE) juga akan melengkapi pelajar dengan kemahiran sedia industri dengan lebih mendalam.



"Daripada sekadar belajar di dalam kelas, kita sebaliknya mahu pelajar belajar daripada pengamal aktif dan mendapat inspirasi daripada pelbagai peluang yang ada," tambah Dr Maliki.



Lebih sembilan daripada 10 pelajar politeknik dan ITE hari ini menamatkan program bekerja sambil belajar berstruktur semasa tahun terakhir pengajian.



MOE juga akan meninjau menawarkan peluang pendedahan industri lebih awal bagi pelajar politeknik mulai tahun ini, melebihi program tahun akhir bekerja sambil belajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >