Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

ITE kerjasama dengan syarikat teknologi bina 'Bilik Darjah Masa Depan'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ITE kerjasama dengan syarikat teknologi bina 'Bilik Darjah Masa Depan'

Aug 27, 2022 | 05:30 AM

INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) akan bekerjasama dengan Hikvision, pembuat peralatan pengawasan yang merupakan salah satu penyedia penyelesaian Internet Benda (Internet of Things atau IoT) terkemuka di dunia untuk membina 'Bilik Darjah Masa Depan' pertama Singapura.

Menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) semalam, kerjasama itu bukan hanya memberi peluang kepada pelajar ITE menjalani latihan amali malah juga peluang pekerjaan masa hadapan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hikvision semalam, ia mengatakan bahawa MOU itu akan menetapkan piawaian masa depan sektor pendidikan Singapura.

Melalui 'Bilik Darjah Masa Depan', Hikvision menawarkan pelbagai teknologi terkini untuk mewujudkan bilik darjah pintar bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar ITE.

Antaranya termasuk peranti rakaman, kamera untuk guru, paparan interaktif pintar dan papan tanda digital.

Dengan pelajaran maya kini semakin popular, Hikvision berkata 'Bilik Darjah Masa Depan' melengkapkan guru dengan peralatan pengajaran untuk mencipta video bermutu tinggi dengan mudah.

Penyepaduan teknologi Hikvision dalam 'Bilik Darjah Masa Depan' dan dalam sistem keselamatan kampus, ia juga mewujudkan LIVE LAB untuk pelajar memperoleh pengalaman langsung dalam memahami bagaimana teknologi terkini industri berfungsi.

Menurut Hikvision, di bawah MOU yang ditandatangani, mereka juga akan menyediakan latihan amali dan peluang pekerjaan masa depan untuk pelajar ITE.

Kursus SkillsFuture yang dicipta bersama akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran untuk pekerja industri sedia ada.

Mengulas tentang MOU itu, Dr Yek Tiew Ming, Pengetua ITE Kolej Timur berkata:

"Semasa pandemik, Singapura beralih ke arah penyampaian pelajaran melalui pembelajaran di rumah.

"Oleh itu, kerjasama dalam bidang 'Bilik Darjah Masa Depan' ini adalah penting."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3