Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE lantik pengerusi baru

Dec 20, 2019 | 12:35 PM



TIMBALAN Pengerusi Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Encik Andrew Chong Yang Hsueh akan berkhidmat sebagai Pengerusi ITE mulai Januari tahun depan.



Beliau menggantikan pengerusi sedia ada,Encik Bob Tan Beng Hai yang meletakkan jawatan selepas 13 tahun berkhidmat. 



Encik Chong, yang telah dilantik sebagai timbalan pengerusi Jun tahun ini, mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam sektor teknologi di rantau Asia Pasifik. 



Ini termasuk dalam bidang strategi, pengurusan, pembangunan kemahiran, dan pemasaran. 



Ketua Pegawai Eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek berkata: 



“Kami mengalu-alukan Encik Chong sebagai pengerusi baru ITE. Pengalamannya dalam industri dan kepimpinan merupakan sesuatu yang amat bernilai, terutama sekali dalam tempoh di mana ITE terus berubah untuk memenuhi keperluan kemahiran ekonomi masa depan.”



Menteri Pendidikan Ong Ye Kung turut menyampaikan penghargaannya kepada Encik Tan: 



“Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk latihan teknikal vokasional, dan telah memandu usaha ITE untuk mengukuhkan lagi laluan ini untuk warga Singapura.



“Andrew (Encik Chong) pula mempunyai pengalaman yang lama dalam industri, dalam syarikat yang memahami latihan teknikal dan vokasional serta laluan bekerja sambil belajar. Saya yakin beliau akan meneruskan kerja Bob (Encik Tan) yang cemerlang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >