Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE sedang teroka lebih banyak diploma teknikal dengan Jerman

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) sedang meneroka menyediakan lebih banyak Diploma Teknikal bersama Jerman bagi mempertingkat kemahiran dan menyediakan pelajar buat masa depan.



Diploma teknikal (TD) merupakan program diploma sepenuh masa ITE yang diluluskan Kementerian Pendidikan (MOE).



Ia setaraf dengan diploma politeknik.



Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, menyatakan demikian semalam dalam ucapannya semasa majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara MOE dengan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan, BadenWürttemberg Jerman (KM) - yang diperbaharui setiap lima tahun.



Dr Maliki berkata pihak ITE telah menamatkan Semakan Laluan dan Peluang Pendidikan Amali awal tahun ini dan salah satu saranan dalam semakan itu adalah untuk terus memperluas laluan pembelajarannya dan mempelbagaikan TD.



Dalam ucapannya Dr Maliki berkata:



"Jerman berada dalam kedudukan pertama dalam banyak teknologi kritikal bagi menangani cabaran penting yang dihadapi sedunia, seperti pembangunan mampan dan kuasa elektrik bersih.



"Saya amat mengharapkan TD baru itu yang akan melengkapkan anak muda kami dengan kemahiran serta kecekapan yang penting bagi masa depan nanti."



MOU yang ditandatangani Dr Maliki bersama Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan, BadenWürttemberg Jerman, Cik Theresa Schopper semalam di Salon Eksekutif 1, Pejabat ITE di Ang Mo Kio merupakan MOU keenam antara MOE dengan KM.



MOU yang diperbaharui setiap lima tahun itu sepatutnya diperbaharui tahun lalu namun ditunda ekoran Covid-19.



Satu lagi MOU susulan antara Kolej KM pihak Jerman dengan ITE Singapura juga ditandatangani.



Antara lain, kerjasama antara Singapura dengan Jerman itu sejak 1991 telah membantu ITE dalam pembangunan kokurikulumnya, melatih guru, jurulatih industri dan syarikat serta penyelia mereka, dan menyediakan peluang tertentu seperti projek serta penukaran bagi kakitangan dan pelajar dari kedua-dua negara.



Ini termasuk menyediakan dua Diploma Kejuruteraan Teknikal di sini iaitu dalam jurusan Teknologi Mesin pada 2010 dan Kejuruteraan Automotif pada 2008.



Dr Maliki mendedahkan kedua-dua kursus itu sehingga kini telah memberi manfaat kepada lebih 700 pelajar.



Ketika diwawancara Cik Schopper berlakarkan masa depan yang akan menyumbang kepada pelbagai cabaran baru seperti perubahan iklim dan isu penduduk semakin menua yang dihadapi Singapura dan Jerman, adalah amat penting bagi kedua-dua pihak menegaskan semula kerjasama itu.



Cik Schopper berkata antara bidang tertentu yang pihak Jerman ingin terokai bersama Singapura adalah dalam isu menangani perubahan iklim, kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >