Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

ITE tambah 6 kursus baru program Diploma Kerja-Belajar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ITE tambah 6 kursus baru program Diploma Kerja-Belajar

Bagi bangun kumpulan bakat dalam sektor berkembang pesat
Dec 07, 2021 | 05:30 AM

INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) akan menambah enam kursus baru kepada program Diploma Kerja-Belajar (WSDip) tahun depan bagi membangunkan kumpulan bakat yang berkemahiran dalam sektor yang menyaksikan pertumbuhan pesat.

Mengumumkan demikian di majlis menandatangan dan pelancaran WSDip semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata kursus baru itu termasuk dalam bidang e-dagang dan runcit bagi memenuhi keperluan tenaga kerja sektor runcit dan pasar raya yang berkembang.

WSDip dalam Reka Bentuk dan Pemodelan Maklumat Bangunan Seni Bina juga akan ditawarkan untuk menangani permintaan yang meningkat bagi kemahiran sokongan teknikal dalam amalan seni bina.

Ini bermakna sejumlah 36 kursus dengan 1,500 tempat ditawarkan di bawah program itu tahun depan.

Program WSDip dilancarkan pada 2018 dan buat masa ini mempunyai lebih 1,200 pelatih.

Ia menawarkan latihan dalam bentuk perantisan di mana pembelajaran tempat kerja dan latihan semasa bekerja menjadi ciri utama dalam kurikulum.

Ia bertujuan menyokong peningkatan kemahiran dan kemajuan kerjaya lulusan ITE, menggalak pendampingan dan kerjasama industri yang lebih kuat dengan ITE dalam bidang latihan, dan membolehkan syarikat menarik serta membangunkan bakat bagi memastikan bekalan pekerja yang berkemahiran.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada majikan dan syarikat di atas kerjasama mereka.

"Majikan turut serta dalam membuat rekaan bersama kurikulum WSDip dan terlibat rapat dalam reka bentuk latihan dan proses penyampaian.

"Ini membolehkan majikan mempunyai maklumat langsung tentang kemahiran relevan mana yang dibangunkan, dan bagaimana (ia dibangunkan).

"Ia juga memastikan kurikulum kekal relevan bagi industri, seiring dengan keperluan syarikat dan ekonomi yang berubah-ubah," kata Encik Chan.

Bagi menyokong keupayaan latihan majikan, ITE menyediakan sekurang-kurangnya 28 jam latihan bagi jurulatih dan penyelia syarikat.

Kursus Latih Jurulatih sedemikian melengkapi kakitangan syarikat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membangunkan dan menyampaikan latihan semasa bekerja, memudahkan pembelajaran dan menjalankan penilaian, kata Encik Chan.

Sejauh ini, lebih 400 syarikat, termasuk syarikat kecil dan sederhana (SME) turut serta sebagai jurulatih bersama bagi pelatih WSDip.

Sekitar 85 peratus pelatih telah memilih untuk kekal dengan syarikat hos mereka selepas mereka tamat pengajian tahun ini, kata Encik Chan.

"Ini menunjukkan bahawa majikan yang terlibat, serta latihan yang berkesan dan relevan dalam program itu menjadi pulangan pelaburan yang besar bagi syarikat hos," kata Encik Chan.

Beliau menambah, program kerja-belajar adalah komponen penting dalam sistem pendidikan lebih tinggi Singapura yang lebih luas, yang menyokong pembelajaran dan peningkatan merentas seumur hidup seorang individu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3