Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ITE tawar 30 bengkel kemahiran bagi masyarakat SG

Jul 13, 2022 | 05:00 PM

SEBAGAI sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-30, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah melancarkan Program ‘30 Hadiah daripada ITE bagi Masyarakat’ pagi tadi di ITE Kolej East.

Program yang menawarkan 30 bengkel kemahiran yang di antaranya merangkumi bidang kesihatan dan kesejahteraan, kemampanan dan pencegahan penipuan digital, telah disusun khas dan akan memberi manfaat kepada 17 kumpulan berbeza dalam masyarakat Singapura.

Ia akan berlangsung hingga hujung Oktober ini.

Bengkel itu akan ditawarkan di seluruh Singapura bagi penduduk dan warga emas yang berminat, termasuk di Kelab Masyarakat (CC) Chua Chu Kang, pusat aktiviti warga emas serta di East Coast GRC serta CDC Central dan South East.

Dalam ucapannya di acara pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ITE, Cik Low Khah Gek, menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan menunjukkan penghargaan pihak ITE atas sokongan dan penglibatan masyarakat dalam transformasi ITE sejak 30 tahun lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3