Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE tawar 6 lagi Diploma Kerja-Belajar

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) akan menawarkan enam lagi Diploma Kerja-Belajar (WSDip) baru mulai April 2021 demi mendorong lebih ramai lulusan ITE dapatkan kelayakan lebih tinggi.



Penambahan tersebut menjadikan jumlah WSDip yang ditawarkan kepada 30 keseluruhannya.



Semalam, 230 syarikat telah menandatangani Surat Penerimaan dalam satu majlis yang diadakan secara fizikal di ITE Kolej Central bagi membangunkan program berkaitan industri bagi lulusan ITE.



Untuk memperluaskan lagi skim Pusat Latihan Semasa Bekerja Bertauliah (COJTC) dan mengukuhkan program bekerja sambil belajar, ITE merasmikan kerjasama dengan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) semalam.



Majlis tandatangan tersebut disaksikan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam acara yang turut disiarkan dalam talian.



Menurut Dr Maliki, program bekerja sambil belajar yang diperluas secara konsisten seperti WSDip merupakan cara utama institut pendidikan seperti politeknik dan ITE berubah untuk memenuhi aspirasi pelajar dan memastikan peluang kerjaya yang baik.



"Kita perlu terus memastikan pelajar dilengkapkan dengan kemahiran penting untuk meneroka peluang kerjaya yang memuaskan.



"Ini dilakukan dalam persekitaran di mana peranan pekerjaan serta keperluan tenaga kerja berubah dengan pesat," katanya dalam ucapan yang disampaikan semasa acara itu.



Antara kursus WSDip baru yang diperkenalkan semalam termasuk dalam bidang optik, pengurusan acara, dan operasi teknologi 'cloud'.



Sejak diperkenalkan dua tahun lalu, program WSDip berkembang setiap tahun untuk merangkumi lebih banyak kursus merentasi sektor industri untuk memastikan pelajar ITE diberikan lebih banyak pilihan dalam melanjutkan pelajaran.



Di bawah program itu, pelajar akan menjalani kursus bekerja sambil belajar selama dua setengah hingga tiga tahun dengan 70 peratus kurikulum diadakan melalui latihan di tempat kerja manakala 30 peratus dalam bilik darjah.



Oktober lalu, 62 lulusan pertama program itu menamatkan kursus mereka dan menerima diploma dalam tiga kursus - Penyeliaan Khidmat Elektrik dan Mekanik, Penjagaan Pemulihan, dan Kejuruteraan Sistem Keselamatan.



Dr Maliki, yang kini memimpin usaha menyemak laluan dan peluang bagi pelajar politeknik dan ITE demi memenuhi keperluan pelajar, majikan dan industri, berkata lebih banyak usaha akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.



Ini termasuk mempertingkat kurikulum untuk memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan, memperluas laluan pelajar mempertingkat kemahiran, serta meneruskan kerjasama dengan masyarakat untuk membantu pelajar yang lebih memerlukan.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek, langkah untuk meluaskan program tersebut hanya dapat dilakukan dengan komitmen majikan, kesungguhan pelajar serta dedikasi kakitangan ITE.



"Program Kerja-Belajar ini dapat membuka lebih banyak peluang dan kemungkinan untuk mereka yang turut serta. Majikan dan juga ITE berbesar hati melihat mereka maju, mempertingkat kemahiran diri, mencabar diri dengan tugas yang lebih sukar serta mencapai kemajuan dalam kerjaya



"Kami akan terus mengikuti perkembangan mereka dan gembira WSDip dapat membantu memberi mereka peluang," katanya.



Pendaftaran bagi fasa kedua WSDip akan dibuka Khamis. Permohonan boleh dilakukan melalui laman ITE di www.ite.edu.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >