Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE tawar kursus Higher Nitec baru dalam sains data

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) akan menawarkan sijil Higher Nitec baru bagi pelajar yang ingin meneroka kerjaya dalam bidang sains data.



Dalam kenyataan semalam, ITE mengatakan kursus Higher Nitec Kejuruteraan Data itu diperkenal bagi menyokong keperluan tenaga kerja dalam industri berasaskan data.



Kursus itu, yang akan mengambil kohort pertamanya pada April, akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam pengekstrakan data, transformasi, dan pemuatan untuk pandangan dan analitik.



Antara pekerjaan yang dapat dilakukan pelajar yang lulus kursus itu ialah jurutera data bersekutu, penganalisis data bersekutu, juruteknik data dan penyusun data bersama pertubuhan sektor awam dan swasta yang memanfaatkan data untuk keperluan perniagaan dan operasi.



"Dalam usaha Singapura bergerak ke arah ekonomi digital, data menjadi komoditi yang mendorong inovasi digital.



"Namun, untuk mengubah koleksi data yang besar itu menjadi sesuatu yang dapat digunakan tetap menjadi satu tugas besar.



"Oleh itu, permintaan bagi pakar teknologi infokom dalam pekerjaan berkaitan analisis data dijangka meningkat dalam beberapa tahun akan datang," ujar ITE.



Beberapa syarikat dalam industri yang semakin berkembang ini akur terdapat cabaran dalam mendapatkan kepakaran baru ini.



Oleh itu, mereka mengalu-alukan kursus baru yang diperkenal ITE itu. Antara syarikat itu ialah TIBCO, yang akan bekerjasama dengan ITE dengan mengongsi kepakaran mereka.



Pengurus Besar TIBCO bagi rantau Asia Pasifik dan Jepun, Encik Nick Lim, berkata:



"TIBCO gembira dapat bekerjasama dengan ITE untuk menyediakan kepakaran teknologi dan teknikal bagi meningkatkan kemahiran analitik pelajar sambil mengatasi kekurangan kemahiran data ini di Singapura.



"Pelajar dalam kursus ini dapat memanfaatkan teknologi baru dan penyelesaian inovatif yang disediakan TIBCO."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >