Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'It's On Me' inisiatif baru bantu pegerai Pusat Makanan Redhill

Aug 10, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG Pusat Makanan Redhill boleh membantu perniagaan pegerai kegemaran mereka sambil menyediakan hidangan bagi individu yang memerlukan melalui inisiatif baru yang dilancarkan pertubuhan akar umbi Radin Mas.



Inisiatif 'It's On Me' yang melibatkan lebih 50 pegerai di pusat makanan itu memberi peluang kepada pengunjung 'mendermakan' paket makanan dan minuman semasa membeli makanan di gerai-gerai tersebut.



Setiap paket makanan dan minuman yang didermakan akan dipaparkan melalui papan magnet di depan gerai.



Golongan yang memerlukan boleh mengambil magnet tersebut, satu magnet setiap seorang, untuk mendapatkan makanan percuma.



Inisiatif itu dilancarkan Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Radin Mas, Encik Melvin Yong, pagi semalam.



Menurut beliau, idea program tersebut tercetus demi membantu perniagaan pegerai di pusat makanan tersebut, yang kebanyakannya teruk terjejas dek langkah pengurusan keselamatan yang diperketat demi mengawal penularan Covid-19.



Encik Yong berkata, pegerai di sana memberitahunya bahawa perniagaan mereka menjunam teruk terutama sekali bulan lalu, dengan ada yang mengalami lebih 70 peratus kerugian, semasa tempoh di mana orang ramai dilarang makan di luar.



Untuk itu, katanya beliau dan beberapa pemimpin akar umbi berkumpul dan berbincang dengan persatuan pegerai untuk mengeluarkan idea demi menambah pendapatan pegerai kami.



"Kami ingin mewujudkan inisiatif yang mampan yang juga dapat membantu mereka yang memerlukan dalam masyarakat dan dapat juga diteruskan selepas ini.



"Melalui program It's On Me Radin Mas ini, kami berharap dapat memanfaatkan sokongan masyarakat untuk membantu pegerai kami dan pada masa yang sama memberikan makanan percuma bagi mereka yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >