DRAMATIS veteran JA Halim telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Ini disahkan anaknya, Helmindra, yang menyatakan bapanya kembali ke rahmatullah sekitar 8 pagi tadi.
Arwah dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng malam kelmarin (Rabu, 11 Dia) setelah diserang angin ahmar semasa menghadiri mesyuarat dengan Sriwana bersama beberapa rakan artis lain sekitar 9 malam.
Menurut anaknya, jenazah akan dibawa pulang ke Serangoon Ave 3 selepas 11.30 pagi.
Solat jenazah akan diladakan di Masjid Alkaff Upper Serangoon.