Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jabatan A&E hospital awam berupaya uruskan semua kes kecemasan ancam nyawa

Feb 03, 2020 | 03:42 PM



JABATAN kemalangan dan kecemasan (A&E) di hospital awam seluruh negara menawarkan khidmat yang mencukupi untuk menguruskan semua kecemasan mengancam nyawa, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Encik Edwin Tong, di Parlimen hari ini (3 Feb).



Hospital privet bagaimanapun kini tidak dilengkapi dengan khidmat untuk melakukan demikian, tambah beliau.



Isu itu diutarakan selepas mangsa kes kemalangan kereta baru-baru ini di Lucky Plaza di Orchard Road dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan bukan Hospital Mount Elizabeth, sebuah hospital privet yang terletak sekitar 200 meter dari tempat kejadian.



Sebab yang diberikan adalah TTSH, sebuah hospital awam, lebih dilengkapi untuk menguruskan kecemasan sedemikian.



Kemalangan yang berlaku pada Disember tahun lalu itu menyebabkan dua wanita terkorban dan empat lagi mangsa cedera. Kesemuanya merupakan pekerja domestik asing dari Filipina.



Encik Tong berkata jabatan A&E di lapan hospital awam serata negara menawarkan perlindungan yang mencukupi untuk menguruskan kes kecemasan bagi Singapura.



Hospital tersebut termasuk Hospital Besar Changi (CGH), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH), Hospital Besar Sengkang, Hospital Besar Singapura (SGH), dan TTSH.



“Semua jabatan A&E hospital awam dilengkapi dan berupaya menyediakan khidmat pernafasan mulut ke mulut (resuscitation), menstabilkan keadaan pesakit (stabilisation) dan rawatan awal bagi semua kecemasan yang mengancam nyawa, termasuk kes trauma, bagi orang dewasa dan kanak-kanak,” kata Encik Tong.



Beliau berkata MOH telah mengadakan perbincangan bersama hospital privet tentang keupayaan mereka dalam menguruskan jagaan kecemasan.



“Buat masa ini, hospital privet tidak diatur untuk menyediakan khidmat kecemasan dan trauma penuh yang diperlukan untuk menguruskan semua kecemasan atau situasi mengancam nyawa yang melibatkan beberapa pesakit yang mengalami kecederaan serius,” kata beliau.



Sepanjang empat tahun lalu, kementeriannya telah bekerjasama dengan Hospital Raffles untuk mengendalikan kes ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang tidak mengancam nyawa dan tidak cemas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >