WARGA Singapura akan menerima bayangan awal mengenai keputusan pilihan raya umum bagi setiap kawasan undi berdasarkan pengiraan sampel di peringkat awal pengiraan selepas pengundian ditutup pada 8 malam Jumaat depan.
Ini kerana Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan buat julung-julung kalinya mengeluarkan dapatan pengiraan sampel itu kepada awam untuk mengelak spekulasi.