Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jabatan Pilihan Raya keluarkan tender kedua dalam tempoh dua bulan

Jul 12, 2019 | 05:30 AM



JABATAN Pilihan Raya (ELD) telah membuka tender untuk membekalkan khidmat pencetakan, pembungkusan serta penghantaran dokumen bagi operasi pilihan raya.



Ini menyusuli pembukaan tender bulan lalu bagi membekalkan perkhidmatan pengangkutan bas bagi operasi serupa.



Menurut dokumen tender dari portal pemerolehan pemerintah GeBiz, barangan pencetakan termasuk kad, borang, poster serta peralatan seperti corong kotak mengundi dan tempat meletak kertas plastik.



Perkhidmatan penghantaran termasuk tenaga kerja dan kenderaan untuk menghantar dokumen ke premis pilihan raya seperti pusat penamaan, pusat Kumpulan Penolong Pegawai Pengiraan Undi, pusat pengiraan serta pusat latihan Jabatan Pilihan Raya.



Kontraktor yang dipilih juga perlu menyediakan kemudahan penyimpanan yang selamat dan dikawal dengan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) dan mampu diakses secara fizikal.



Tarikh tutup tender ialah pada 5 Ogos nanti.



Menurut laporan The Straits Times kontrak tersebut akan berkuat kuasa selama tiga tahun untuk menyokong pilihan raya umum seterusnya dan sebarang pilihan raya kecil.



Ia juga boleh dilanjutkan setiap tahun untuk tidak lebih daripada dua tahun, bagi menyokong pilihan raya presiden yang akan diadakan selewat-lewatnya 2023, serta pilihan raya kecil lain yang diadakan semasa tempoh lanjutan kontrak tersebut.



Meskipun tender ini dibuat, ia tidak bermakna pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.



Antara tanda-tanda yang lebih tepat adalah dengan pembentukan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC), yang akan meninjau perubahan demografi bagi menentukan bagaimana kawasan pilihan raya perlu disediakan.



Pada 2015, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pembentukan EBRC kepada Parlimen pada Julai tahun itu - dua bulan selepas jawatankuasa itu dilantik.



Jawatankuasa itu telah menyerahkan laporan yang telah dibuat mereka pada 21 Julai tahun itu kepada PM Lee sebelum pilihan raya umum diumumkan sekitar sebulan kemudian, pada 25 Ogos 2015.



Memberi respons terhadap soalan Parlimen oleh Ketua Parti Pekerja, Encik Pritam Singh, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, menjawab bagi pihak PM Lee, pada Isnin lalu bahawa Perdana Menteri belum lagi melantik EBRC.



Pilihan raya seterusnya harus diadakan menjelang April 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >