Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Jabatan Pilihan Raya usul aturan undi baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jabatan Pilihan Raya usul aturan undi baru

Ia sedang dikaji bagi warga S'pura di luar negara, penghuni rumah jagaan
May 26, 2022 | 05:30 AM

WARGA Singapura di luar negara mungkin boleh mengundi menerusi kiriman pos, sementara penghuni rumah rawatan mungkin boleh mengundi dari katil mereka tidak lama lagi.

Ini merupakan dua aturan mengundi baru yang diusul dan sedang dikaji Jabatan Pilihan Raya (ELD).

ELD mengumumkan semalam bahawa mereka akan mendapatkan maklum balas daripada parti politik, pengendali rumah jagaan dan warga Singapura di luar negara berhubung usul memperkenal dua aturan pengundian khas itu, yang bertujuan membolehkan warga Singapura di luar negara dan penghuni rumah jagaan mengundi dengan lebih mudah.

Sekiranya usulan itu diterima, aturan mengundi itu boleh dilaksana seawal pilihan raya akan datang, iaitu Pilihan Raya Presiden yang harus diadakan selewat-lewatnya September tahun depan.

"ELD kerap menyemak proses pilihan raya kami untuk mempertingkat pengalaman mengundi bagi warga Singapura.

"Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), yang diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19, menarik perhatian dua isu utama dalam landskap pilihan raya," ujar ELD.

Pertama, pengundi di sini kian menua dengan pesat, dengan seramai 21 peratus warga Singapura dalam Daftar Pengundi bagi GE2020 berusia 65 tahun dan ke atas, berbanding 14 peratus semasa GE2011.

Kedua, ramai warga Singapura di luar negara kekal terhubung dengan Singapura dan ingin mengundi, kata ELD.

Jurucakap ELD berkata rancangan membolehkan penghuni warga emas di rumah jagaan mengundi di rumah jagaan itu sendiri hampir sama dengan apa yang dilakukan semasa GE2020 bagi pengundi yang dikuarantin di hotel.

Terdapat sekitar 80 rumah jagaan di sini, yang mempunyai lebih 13,000 penghuni, di Singapura.

ELD sedang mempertimbang langkah menyediakan pusat mengundi di ruang umum di rumah jagaan itu, seperti dewan, supaya pengundi yang boleh bergerak sendiri boleh mengundi seperti yang dilakukan pengundi lain di pusat mengundi biasa.

ELD juga mempertimbang langkah mengerahkan pasukan yang boleh membawa kotak undi dan kertas undi dari katil ke katil supaya penghuni yang tidak boleh bergerak juga boleh mengundi.

Tambahnya, sekurang-kurangnya seorang ejen pilihan raya bagi setiap calon akan dibenarkan memantau proses mengundi demi memastikan ketelusan.

Oleh kerana terdapat pelbagai profil penghuni dalam rumah jagaan yang berbeza dari segi kesihatan fizikal dan mental, bantuan yang mereka perlukan juga mungkin amat berbeza, ujar ELD.

Oleh itu, kakitangan rumah jagaan boleh membantu pengundi, dengan ELD akan menerangkan apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan, termasuk tidak boleh membantu pengundi menandakan kertas undi mereka.

Semasa pandemik, sekatan perjalanan juga menghalang sesetengah warga Singapura yang tinggal di luar negara daripada mengundi.

Sejak mengundi di luar negara diperkenal semasa GE2006, warga Singapura di luar negara hanya dapat mengundi di pusat mengundi luar negara.

Namun, ELD akur bahawa sesetengah warga Singapura di luar negara mungkin tidak dapat pergi ke pusat mengundi yang ditetapkan itu, dengan pandemik ini menunjukkan bagaimana sekatan perjalanan boleh menjadikannya sukar buat mereka melakukan demikian.

Seramai 6,570 warga Singapura di luar negara telah daftar untuk mengundi semasa GE2020, dengan seramai 4,794 daripada mereka mengundi.

ELD berkata mereka telah mengkaji pengalaman banyak negara yang telah memperkenal langkah mengundi menerusi pos dan telah mendapat pandangan berharga tentang manfaat serta cabarannya.

Antara lain, ELD sedang mempertimbang menghantar kertas undi dan sampul kepada pengundi di luar negara menerusi wadah elektronik, dengan pengundi boleh memuat turunnya menggunakan Singpass dan kemudian mencetaknya.

Selepas menandakan kertas undi mereka, mereka perlu menandatangani sampul dan kirimkan kepada ELD.

ELD berkata mereka telah mengundang semua parti politik yang berdaftar di Singapura untuk memberi maklum balas mereka dan ELD juga akan mendekati rumah jagaan.

Tinjauan bagi warga Singapura di luar negara akan dibuka hingga 8 Jun dan ELD akan berkongsi hasil usaha mendapatkan maklum balas ini Julai nanti.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3