Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu dalami bidang psikologi dan kriminologi demi mutu kerja lebih baik

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



Tahun ini, 148 pegawai Home Team dianugerahkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Tajaan untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah atau pasca siswazah dalam pelbagai disiplin di universiti tempatan dan luar negara. Seramai 118 daripada mereka akan menyambung pelajaran pada peringkat sarjana muda, sementara 30 lagi akan menyambung pengajian pada peringkat pasca siswazah. BERITA HARIAN berpeluang menemu bual dua pegawai daripada agensi berlainan baru-baru ini.




SEBAGAI seorang pegawai penyiasat (IO) bersama Biro Narkotik Pusat (CNB), matlamat utama Staf Sarjan Kanan SSSGT Abdul Rasheed Raheem adalah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat bagi membentangkan kesnya kepada pasukannya.



Meskipun mempunyai pengalaman bersama CNB selama enam tahun, Encik Rasheed berkata terdapat lebih banyak lagi yang beliau perlu pelajari.



Mengambil peluang untuk mencari ilmu secara aktif dan meningkatkan kemahirannya, beliau yang berusia 29 tahun, baru-baru ini mendaftar diri di Universiti Sains Kemasyarakatan (SUSS) dalam kursus peringkat Sarjana Muda Keselamatan Awam dan Keselamatan dengan Minor.



Encik Rashid adalah antara 148 pegawai Home Team yang dianugerahkan Biasiswa dan Tajaan MHA untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah atau pasca siswazah dalam pelbagai disiplin di universiti tempatan dan luar negara.



Mengulas tentang motivasinya untuk melanjutkan pelajaran, Encik Rasheed berkata:



"Ini merupakan salah satu impian saya untuk melanjutkan pelajaran."



"Hasrat saya adalah untuk memupuk idea sentiasa ingin belajar dan juga untuk meningkatkan kemahiran saya supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam apa saja yang saya lakukan," tambahnya.



Anugerah MHA itu diberikan setiap tahun kepada pegawai Home Team yang layak untuk mengiktiraf semangat, komitmen serta khidmat cemerlang mereka dalam menjaga keselamatan negara, dan mengesahkan potensi bagi kecemerlangan serta sumbangan lanjut mereka kepada Home Team.



Malah ini bukan pertama kali Encik Rasheed telah menerima tajaan daripada MHA.



Pada 2015, beliau dianugerahkan Anugerah Pembelajaran MHA untuk pengajian diplomanya.



Ketika dihubungi oleh Berita Harian (BH), bekas pelajar Politeknik Ngee Ann itu berkata tajaan tersebut telah memberinya peluang untuk menceburi pasukan pakaian seragam di sini.



Melakukan penyelidikan tentang pasukan berpakain seragam di Singapura sebelum ini, Encik Rasheed tertarik dengan kerja yang dilakukan oleh CNB.



"Semasa kecil dulu, saya bercita-cita untuk menjadi angota polis.



"Tetapi sebagai anak muda, saya terdengar tentang usaha CNB dalam memerangi dadah di sini dan mula berminat dengan kerja yang dilakukan.



"Ia bukan sahaja memberkas pesalah, bahkan melindungi masyarakat secara umum," kata anak keempat daripada lima orang adik beradik.



Ghairah untuk memulakan program tersebut hujung bulan ini, Encik Rasheed berkata bahawa ia penting baginya meluaskan pengetahuan supaya dapat melakukan kerjanya dengan baik.



Antara perkara yang beliau tidak sabar mahu mempelajari termasuk mata pelajaran psikologi dan kriminologi.



Dalam masa akan datang, bapa dua orang anak lelaki itu berharap dapat menjadi inspirasi bagi generasi akan datang dan dapat terus memberi sumbangan kepada CNB.



"Selepas tiga tahun menjalani kursus, saya berharap dapat kembali kepada CNB dengan pengetahuan yang lebih luas dan berkongsi antara satu dengan lain tentang bagaimana kami dapat memperbaiki proses yang sedia ada.



"Selain itu, saya ingin perjalanan saya ini menjadi satu inspirasi kepada anak muda sekarang untuk terus mencari ilmu dan mencapai kecemerlangan," ujarnya.




JADI INSPIRASI ANAK MUDA



"Selepas tiga tahun menjalani kursus, saya berharap dapat kembali kepada CNB dengan pengetahuan yang lebih luas dan berkongsi antara satu dengan lain tentang bagaimana kami dapat memperbaiki proses yang sedia ada.



Selain itu, saya ingin perjalanan saya ini menjadi satu inspirasi kepada anak muda sekarang untuk terus mencari ilmu dan mencapai kecemerlangan.''
- SSSGT Abdul Rasheed Raheem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >