MINAT mendalam dalam bidang teknologi maklumat (IT) mendorong Encik Muhammad Hatib Abdul Aziz, 26 tahun, melibatkan diri dalam projek menentang penggodaman yang dinamakan 'Rondaan Keselamatan Siber' atau 'Cyber Security Patrol'.
Pelajar tahun ketiga Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) itu telah membantu menghasilkan projek yang menunjukkan kebolehlaksanaan serangan siber menggunakan telefon bijak Android yang diletak pada alat dron.