Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ADA-ADA SAJA

Jadi orang ketiga? Bayar pampasan $1j kepada suami kekasih

Oct 05, 2019 | 12:00 AM



WASHINGTON: Encik Kevin Howard melihat dunianya punah-ranah apabila isterinya selama 12 tahun menceraikannya.



Beliau kemudian mendapat tahu yang isterinya itu curang dengan seorang rakan kerja.



Meski kehilangan teman hidup, Encik Horward terima 'sagu hati' apabila seorang hakim North Carolina setuju bahawa kekasih isterinya itu patut dipersalahkan atas kegagalan perkahwinan tersebut, dan memberi Encik Howard AS$750,000 ($1,034,775), lapor media Amerika Syarikat kelmarin.



"Beliau pada awalnya memberitahu saya yang beliau mahu bercerai kerana saya bekerja banyak sangat, tidak ada untuknya," kata Encik Howard. Tetapi seorang penyiasat persendirian mendapat tahu yang isteri Encik Howard curang dengan rakan kerja, yang beliau pernah temui sebelum itu, lapor CNN.



"Beliau datang ke rumah saya dan makan malam dengan kami. Kami berkongsi serita, kami bercakap tentang kehidupan peribadi," kata Encik Howard.



Lalu beliau memfailkan tuntutan mahkamah di hadapan hakim di Greenville di bawah undang-undang "pengasingan kasih sayang" dari tahun 1800-an, satu era di mana isteri dianggap sebagai harta benda suami mereka.



Undang-undang itu, yang masih berkuat kuasa di hanya lima negeri lain di Amerika - Hawaii, Mississippi, New Mexico, South Dakota dan Utah - membolehkan satu anggota pasangan mendakwa orang lain yang mereka percaya menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka disebabkan oleh "perbuatan salah atau berniat jahat," menurut Firma Undang-Undang Vavonese di North Carolina. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >