Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jadi penghantar makanan, ajar tari walau dilahir tanpa jari jemari

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



SEKALIPUN dilahirkan tanpa jari jemari di kedua-dua tangannya, beliau tidak menyifatkan keadaan itu sebagai suatu ketidakupayaan.



Sebaliknya, Cik Nur Syakirah Syazwana Mohd Faizal menganggap dirinya sama seperti "insan biasa".



Demikian yang kerap diulangi wanita berusia 25 tahun itu sepanjang temu bual bersama Berita Harian (BH).



Keadaan fizikalnya tidak menjadi halangan bagi beliau mencapai apa yang ingin dilakukannya dalam kehidupan.



Kini, Cik Syakirah bekerja dalam bidang yang diminati - tarian - sebagai pengajar tarian salsation sepenuh masa di Anytime Fitness.



Dalam pada itu, beliau turut mengimbangi pekerjaan kedua sebagai penghantar makanan sambilan bersama syarikat foodpanda.



Menceritakan perjalanannya mengatasi keadaan fizikal beliau, Cik Syakirah berkata ia mengambil masa 15 tahun sebelum beliau dapat terima keadaan beliau sepenuhnya.



"Sebelum itu saya sering masukkan tangan saya ke dalam dan memakai jaket untuk menyembunyikan keadaan saya.



"Tetapi apabila saya menengah tiga, saya memutuskan untuk tidak lagi menyembunyikannya. Tiada ertinya untuk terus berselindung kerana lambat laun orang akan tahu juga. Saya tidak lagi malu tunjukkan kepada 'dunia' siapa diri saya yang sebenar," ujarnya penuh yakin.



Sejak itu, Cik Syakirah gagahi setiap cabaran yang datang menerpa, termasuk kesukaran mendapat kerja apabila mula mencari kerja pada 2018.



Ia bukan mudah kerana ada majikan yang kelihatan ragu-ragu mengambil beliau bekerja, seolah-olah beliau mungkin tidak mampu melakukan pekerjaan itu.



Bagaimanapun, sejak Cik Syakirah mula bekerja dengan Anytime Fitness, beliau diberi peluang menjadi duta jenama tersebut dan ditawarkan menjadi pengajar salsation.



Menurutnya, sekitaran di tempat kerjanya amat positif dan mereka banyak menyokong beliau.



Pada waktu di mana beliau tidak bekerja di sana, anak sulung dalam tiga beradik itu akan meluangkan masanya pula menghantar makanan di kawasan Woodlands dengan berjalan kaki ataupun menaiki bas.



Beliau yang ramah orangnya berkata:



"Saya bukan melakukan ini kerana tidak cukup duit tetapi ia kerana saya suka bertemu dengan orang baru. Saya gembira apabila melihat mereka gembira dan saya dapat melakukan tersebut apabila menghantar makanan. Ia agak sama dengan pekerjaan tetap saya di mana saya berinteraksi dengan pelanggan."



Menurutnya, ada pelanggan yang ingin memberi beliau tip setelah melihat keadaannya, tetapi Cik Syakirah menolak.



"Saya tidak mahu orang bersimpati dengan saya. Bagi saya, saya tidak lihat diri saya sebagai kurang upaya, saya juga seperti orang lain. Saya boleh berbual, membaca, menulis, berjalan. Saya boleh melakukan apa yang saya ingin lakukan," ujarnya positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >