PELUANG bekerja di dalam dan luar pejabat antara sebab yang mendorong Cik Siti Aishah Amran menerima tawaran PSA agar menyertai bidang pelabuhan yang biasa diceburi kaum Adam.
Setelah selesai menjalani program belajar sambil bekerja bersama PSA semasa menuntut di Politeknik Republic (RP), Cik Siti Aishah, 23 tahun, ditawar bekerja di hab pemunggahan kontena terbesar dunia itu.