Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jadikan kepelbagaian penyatu masyarakat

Maliki: Tolak pemikiran mencabar atau bercanggah dengan nilai masyarakat dan negara
Apr 10, 2016 | 05:30 AM



KEPELBAGAIAN dalam masyarakat harus dianggap sebagai sesuatu yang memperkaya dan memperkukuh, bukan memecah belah dan meruntuhkan masyarakat.



Namun, sedang kepelbagaian diraikan, masyarakat harus menolak pemikiran yang mencabar atau bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat atau negara.



Demikian pandangan-pandangan yang diutarakan dalam satu perbincangan meja bundar bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, anjuran akhbar Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Sesi Bincang BH Bersama Dr Maliki itu turut disertai Encik Abdul Rohim Sarip, yang juga Anggota Jawatankuasa Syarikat Kecil Dan Sederhana (SME) Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF); Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Mustafa Izzuddin; dan Penyekutu Penyelidik di Jabatan Perhubungan dan Media Baru, Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Azeemah Mustafa.



Panelis antara lain membincangkan tentang kepelbagaian dalam masyarakat dari segi perbezaan pendapat dan orientasi agama, dan menimbulkan keprihatinan mengenai sesetengah pihak yang tidak bertoleransi.



Antara lain, mereka turut menimbulkan isu ucapan perayaan kepada penganut agama lain yang mendapat perhatian baru-baru ini.



Dr Maliki berkata masyarakat Singapura amat menghargai nilai keharmonian kaum.



"Jika ada pemikiran yang mencabar prinsip atau nilai ini, kita harus menolaknya.



"Tetapi kita tidak mahu menolak mereka sama sekali.



"Kita harus membantu mereka memahami konteks kehidupan masyarakat kita yang wujud dengan kaum lain, bahawa pemikiran mereka berbeza dengan pemikiran majoriti dan penghormatan harus wujud," ujar Dr Maliki.



Panelis akur kepelbagaian dalam masyarakat bukan satu perkara baru tetapi menarik perhatian tentang peranan media sosial dalam menonjolkan kepelbagaian ini.



Dr Mustafa berkata peranan media sosial itu boleh menjurus ke arah kebaikan atau keburukan.



"Media sosial boleh mewujudkan atau meluaskan pecah belah dengan menyerlahkan perbezaan atau memupuk budaya dogmatisme, tetapi ia juga boleh meraikan kepelbagaian dengan memberi tumpuan kepada perkara yang dikongsi sama dan berdialog secara rasional antara pelbagai agama, kaum dan budaya," kata beliau.



Isu kepelbagaian merupakan antara cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam, seperti yang digariskan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dalam ucapannya di Parlimen Januari lalu.



Sesi meja bundar itu merupakan sebahagian daripada siri 'Bincang BH' bersama Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >