Jaga ibu sakit demensia bak kenali orang baru
Aug 24, 2019 | 05:30 AM
PADA 2008, dua tahun sebelum beliau disahkan menghidapi demensia, ibu Cik Noorlinah Mohamed mula menunjukkan gejala paranoia atau rasa takut dan curiga secara berlebihan.
Beliau akan mengesyaki ada orang masuk ke rumah untuk mencuri kain, pinggan mangkuk dan sudu garpunya.