Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Jaga-jaga wang palsu $50 dan $100

Jun 11, 2019 | 05:35 PM



POLIS menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa menerima wang palsu $50 dan $100.



Ini menyusuli laporan yang mereka terima tentang wang kertas siri potret – yang memaparkan potret presiden pertama Singapura Yusof Ishak – palsu yang digunakan di kedai runcit, restoran dan kedai-kedai antara Mac dengan Mei lalu.



Menerusi satu kenyataan hari ini (11 Jun), polis berkata tiga lelaki yang berusia antara 25 dengan 29 tahun telah ditangkap dan didakwa berhubung wang palsu itu antara 25 Mei dengan 4 Jun lalu.



Wang kertas palsu $100 dalam kes yang dilaporkan mempunyai nombor serial 3AX412083.



Wang kertas palsu $50 dalam kes yang dilaporkan pula mempunyai nombor serial 0FF875629, 3DL273922, 4DZ985604, 5HS436415, 5LV797440, 5LP297324, 5CK878136 dan 5JH230011.



Orang ramai yang mengesyaki mereka telah menerima wang kertas palsu harus segera membuat laporan polis.



Mereka yang didapati bersalah menggunakan wang palsu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >