Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaga keselamatan laut bantu lindung kedaulatan SG: Zaqy

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



MENJAGA keselamatan laut membantu melindungi laluan bekalan dan kedaulatan Singapura, namun ia memerlukan kerjasama rapat kedua-dua dalam kalangan agensi di sini dan dengan negara lain, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Zaqy Mohamad semalam.



Kerjasama maritim bersama negara lain juga membantu Singapura memperolehi perisikan laut bukan hanya terhadap kegiatan lanun, malah bagi bidang kepentingan lain seperti perkapalan komersial dan untuk membendung penyeludupan, tambah beliau.



"Kami mempunyai sokongan baik daripada masyarakat antarabangsa (dan) ini sangat baik bagi Singapura (kerana) kami dapat memperolehi banyak perisikan yang membantu kami dalam penilaian ancaman," kata beliau kepada media di Pangkalan Tentera Laut Changi di mana beliau bertemu Pasukan Bertindak Keselamatan Maritim (MSTF) dan Komand Keselamatan Maritim tentera laut Singapura.



Terdapat juga kejadian di mana Singapura membantu negara lain menangani sesetengah isu luar negara dengan mengongsi perisikan yang telah dikumpulkan.



Ini membantu Singapura menjadi sebuah hab keselamatan maritim, kata Encik Zaqy.



Semalam, Pusat Perkongsian Maklumat (IFC) Perjanjian Kerjasama Serantau untuk Membanteras Lanun dan Rompakan Bersenjata terhadap Kapal di Asia (Recaap) berkata terdapat tiga kejadian rompakan bersenjata terhadap kapal di Asia bulan lalu.



Daripada tiga kejadian itu, dua dilaporkan di Selat Singapura, di lorong ke arah timur Skim Pengasingan Trafik. Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di laluan perairan utama itu sebanyak lima kejadian sejauh ini tahun ini.



"ISC Recaap prihatin dengan kejadian berterusan di atas kapal semasa melalui Selat Singapura," kata pertubuhan itu.



Jumlah kes lanun dan rompakan bersenjata di Selat Singapura tahun lalu mencapai angka tertinggi dalam separuh dekad, dengan sebanyak 34 kejadian dilaporkan.



Encik Zaqy berkata kenaikan dalam kes lanun tahun lalu berlaku semasa pandemik ini, dan beliau mengesyaki bahawa "sebahagian besar daripadanya juga di-sebabkan kemerosotan ekonomi dan orang mencari peluang".



"Jika anda lihat pada jenis ancaman yang kami hadapi, 34 kes itu, meskipun dipanggil Selat Singapura, ia sebenarnya di luar perairan Singapura dan sebenarnya di wilayah jiran kita," kata beliau.



Oleh itu, badan seperti Pusat Perpaduan Maklumat (IFC) memainkan peranan penting dalam mengongsi maklumat kepada negara jiran untuk membantu mereka menangkap pelaku salah, kata Encik Zaqy, yang diiringi Panglima Tentera Laut Aaron Beng dan komander MSTF Yong Wei Hsiung.



Semasa lawatannya itu, Encik Zaqy turut mengetengahkan tentang bagaimana tentera laut mengekalkan op- erasinya untuk melindungi perairan Singapura meskipun di tengah-tengah pandemik ini.



Menyentuh tentang ancaman keselamatan maritim kian rumit, Encik Zaqy melahirkan keyakinan bahawa pegawai tetap dan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NS) tentera laut akan dapat menyahut cabaran itu.



MSTF bekerja rapat dengan agensi maritim nasional lain dan rakan antarabangsa menerusi IFC untuk menyelaraskan usaha menangani ancaman maritim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >