ADALAH penting mengambil langkah menjaga kesihatan kerana jika seseorang pekerja itu sering kali sakit dan berlarutan, ia menjejas bukan sahaja diri dan kerjayanya, malah kesemua anggota keluarganya.
Ini terutama apabila pekerja itu pencari nafkah utama keluarganya, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.