Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH BESTARI PERSATUAN PERSURATAN PEMUDA PEMUDI MELAYU (4PM)

Jaga pak cik autistik bestarikan lulusan ITE

Nov 02, 2017 | 05:30 AM



PENGALAMAN menjaga pak cik autistik menjadikan Cik Siti Nur Jannah Sharif peka terhadap keperluan orang kurang bernasib baik dalam masyarakat.



Oleh sebab itu, Cik Jannah giat menyumbang bakti sebagai sukarelawan dan mendampingi warga emas yang menghadapi demensia sebagai relawan Persatuan Kebajikan Wanita Asia (AWWA).



"Saya sedar ramai lagi di Singapura yang kurang bernasib baik. Kalau saya tidak boleh menyumbang wang ringgit, paling sedikit yang boleh saya lakukan adalah mendampingi dan menceriakan mereka," ujar Cik Jannah, 20 tahun.



Beliau mengendali program warga emas di AWWA sekitar sebulan sekali, di samping mengimbangi kerja sekolah di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central dalam bidang aeroangkasa sebelum ini.



Cik Jannah lulus daripada sekolah itu pada hujung tahun lalu dan kini pelajar tahun pertama Politeknik Ngee Ann dalam bidang sama.



Semalam, Cik Jannah muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Bestari yang disampaikan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dianjurkan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) sejak 2002, Anugerah Bestari mengiktiraf pelajar Melayu/Islam dengan pencapaian akademik dan bukan akademik yang cemerlang daripada tiga kolej ITE serata Singapura setiap tahun.



Seramai 45 pelajar daripada ITE Kolej Barat, Timur dan Central menerima anugerah itu tahun ini, dengan hanya seorang daripada mereka terpilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Bestari.



Baru-baru ini, 4PM menubuhkan Kelab Bestari untuk menyediakan wadah bagi penerima anugerah Bestari melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan.



Malah, beberapa penerima anugerah Bestari tahun lalu menyingsing lengan menganjurkan Anugerah Bestari tahun ini.



Semasa berucap di acara penyampaian anugerah di ITE Kolej Central semalam, Dr Maliki menggalak penerima anugerah itu menyahut seruan menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Anda mungkin menerima kebaikan daripada orang lain hari ini, tetapi anda boleh menjadi penyumbang kebaikan kepada orang lain pada hari esok," ujar Dr Maliki.



Cik Jannah, anak bongsu dalam keluarga lima beradik, berkata ibu bapanya - Encik Sharif Kader, 55 tahun, seorang pemandu, dan Cik Hayati Tukijan, 52 tahun, seorang tukang masak - selalu mendorongnya agar menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Mereka selalu beritahu saya kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menyumbang kepada masyarakat?" ujar Cik Jannah, yang yang bercita-cita menjadi juruterbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >