Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaguh badminton SG terima ganjaran $200,000 dari hartawan Indonesia

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



GANJARAN tunai yang diterima oleh pemain badminton negara, Loh Kean Yew kerana memenangi Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia, kini mencapai hampir $500,000 selepas beliau menerima insentif tunggal terbesarnya.



Yayasan Keluarga Karim, yang ditubuhkan oleh keluarga hartawan Indonesia, Encik Bachtiar Karim, dan isterinya, Cik Dewi Sukwanto, telah memberi warga Singapura itu sebanyak $200,000 di atas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia, dan menggesanya supaya terus mengejar impiannya untuk merangkul pingat Olimpik.



Yayasan itu telah menghubungi Kumpulan Media Cina SPH Media Trust untuk berhubungan dengan Persatuan Badminton Singapura (SBA) bagi membuat sumbangan itu pada minggu lalu, menurut laporan The Strait Times.



Encik Bachtiar berada di kedudukan ke-10 dalam senarai Forbes bagi 50 orang terkaya Indonesia pada tahun lalu dengan nilai kekayaan bersih mencapai AS$3.5 bilion ($4.73 bilion).



Beliau mengendalikan Musim Mas, sebuah firma minyak sawit bersepadu, bersama dua abangnya, Encik Burhan dan Encik Bahari.



Hartawan berusia 65 tahun itu terkenal dengan sifat dermawanannya, setelah menghadiahkan $2.27 juta kepada alma maternya, Universiti Nasional Singapura (NUS), bagi menubuhkan jawatan profesor dalam kelestarian, di sekolah perniagaannya pada 2010.



Beliau juga telah menderma $5 juta untuk pelbagai tujuan termasuk kepada Hospital Besar Singapura dan Persatuan Penyakit Alzheimer, pada 2020.



Anak lelakinya, Encik Chayadi Karim, salah seorang pengetua yayasan itu, memberitahu akhbar Cina, Lianhe Zaobao:



"Kami sentiasa percaya dalam menyumbang semula kepada masyarakat dan menyokong pelbagai program kemasyarakatan.



"Tujuan insentif ini adalah untuk menjadikan beliau contoh teladan kepada golongan belia lain.



"Saya rasa Loh Kean Yew seorang anak muda yang mengagumkan. Persaingan di kalangan pemain elit badminton sangat sengit.



"Seseorang bukan sahaja memerlukan teknik yang baik, tetapi juga semangat yang kuat untuk berjaya.



"Saya telah memerhatikan pemuda ini sejak sekian lama dan saya sangat mengaguminya semangatnya yang tidak kenal lelah."



Tambah Encik Chayadi, pihaknya berharap pemain itu akan meneruskan prestasi cemerlang di gelanggang tanpa sebarang kebimbangan.



"Kami ingin menunjukkan bahawa adalah baik untuk meneruskan sukan bukan hanya sebagai hobi, tetapi juga sebagai kerjaya.



"Kami berharap lebih ramai atlet muda yang bercita-cita tinggi akan mengikuti jejaknya supaya mutu sukan Singapura boleh ditingkatkan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >