Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Jalan berhampiran Pusat Pameran Changi ditutup untuk pertunjukan udara Singapore Airshow 2022

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jalan berhampiran Pusat Pameran Changi ditutup untuk pertunjukan udara Singapore Airshow 2022

Jan 26, 2022 | 05:32 PM

BEBERAPA jalan, laluan basikal dan laluan pejalan kaki berhampiran Pusat Pameran Changi akan ditutup buat orang awam pada beberapa masa antara 4 Februari dengan 22 Februari apabila edisi terkini pertunjukan udara dwitahunan, Singapore Airshow, bakal diadakan.

Pempamer dan pengunjung boleh ke lokasi pertunjukan dengan teksi atau khidmat bas ulang-alik tetapi bukannya kenderaan sewa privet yang ditempah menerusi aplikasi seperti Grab atau Gojek.

Bas ulang-alik khusus disediakan antara Pusat Pameran Changi dan Singapore Expo serta hotel rakan kerjasama acara ini.

Acara tahun ini yang berlangsung dari 15 hingga 18 Februari adalah pertunjukan dagangan yang tidak dibuka kepada orang awam sepertimana edisi sebelum ini.

Laluan basikal Tanah Merah Coast Road, Penghubung Taman Coastal serta laluan pejalan kaki akan ditutup pada waktu malam, antara 8.30 malam hingga 6 pagi keesokan harinya, mulai 4 hingga 9 Februari.

Laluan ini ditutup terus dari 10 hingga 21 Februari.

Tiga jalan raya untuk kenderaan juga akan ditutup buat orang awam pada masa berbeza sewaktu tempoh ini.

Ini termasuk Aviation Park Road dan beberapa bahagian Changi Coast Road dan Tanah Merah Coast Road.

Bas nombor 35 akan buat sementara waktu dialihkan bagi memberi khidmat sekitar kawasan berhampiran kerana penutupan jalan ini.

Ia akan beroperasi dalam khidmat gelungan antara Pusat Tukaran Bas Bedok dan Tanah Merah Coast Road, dan bergelung semula ke Changi Naval Base.

Bas Nombor 35 tidak akan  melintasi perhentian bas sekitar Alps Avenue, Aviation Park Road dan Changi Coast Road. Perhentian bas ini sebaliknya akan menjadi tempat perhentian khidmat bas ulang-alik percuma yang beroperasi antara Taman Logistik Lapangan Terbang Singapura dan Changi Village pada selang masa antara 10 hingga 15 minit.

Kedua-dua khidmat bas nombor 35 dan bas ulang-alik akan beroperasi pada beberapa masa antara 12 hingga 21 Februari kecuali Ahad.

Basikal, skuter 'kick' dan alat mobiliti aktif lain tidak dibenarkan.

Jalanan dan laluan yang terjejas akan kembali beroperasi seperti biasa pada 6 pagi, 22 Februari.

Lebih banyak keterangan boleh diperolehi di laman pertunjukan udara Singapore Airshow 2022.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3