PASUKAN Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) ditentang Parti Pekerja (WP) di GRC Jalan Besar dalam pilihan raya umum kali ini.
Encik Yaacob disertai Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri), Encik Heng Chee How, 54 tahun; Mayor Central Singapore, Cik Denise Phua, 55 tahun; dan mantan Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Dr Lily Neo, 62 tahun.
Calon WP pula ialah pensyarah politeknik L. Somasundaram, 52 tahun; peniaga Adrian Sim, 43 tahun; pekerja sosial perubatan Frieda Chan, 39 tahun; dan jurutera Redzwan Hafidz Abdul Razak, 30 tahun.