Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan di Pusat Pameran Changi akan ditutup bagi Pertunjukan Udara Singapura

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA jalan raya serta laluan basikal dan pejalan kaki berhampiran Pusat Pameran Changi akan ditutup kepada orang ramai pada waktu tertentu dari 4 Februari hingga 22 Februari semasa acara Pertunjukan Udara Singapura.



Namun peserta pameran boleh memasuki kawasan tersebut dengan menaiki teksi atau perkhidmatan ulang-alik khusus, tetapi tidak boleh menggunakan kenderaan sewa privet yang ditempah dalam aplikasi, seperti Grab atau Gojek.



Bas ulang-alik khusus itu akan beroperasi antara Pusat Pameran Changi dengan Singapore Expo serta hotel yang merupakan rakan kerja acara itu.



Acara tahun ini, yang berlangsung dari 15 hingga 18 Februari, sebahagian besarnya merupakan pameran perdagangan dan tidak terbuka kepada orang ramai, tidak seperti edisi sebelumnya.



Laluan basikal di jalan raya di Tanah Merah Coast Road, Penghubung Taman Pantai dan laluan pejalan kaki akan ditutup pada waktu malam, dari 8.30 malam hingga 6 pagi keesokan harinya, dari 4 hingga 9 Februari.



Laluan itu akan ditutup sepenuhnya dari 10 hingga 21 Februari.



Tiga laluan kenderaan juga akan ditutup kepada orang ramai pada waktu tertentu dalam tempoh ini.



Ini termasuk Aviation Park Road serta sebahagian daripada Changi Coast Road dan Tanah Merah Coast Road.



Bas nombor 35 juga akan dilencongkan buat sementara waktu untuk menyediakan khidmat di kawasan berdekatan sedang beberapa jalan ditutup.



Bas tersebut akan beroperasi dari Pusat Tukaran Bas Bedok dan Tanah Merah Coast Road, berpusing kembali di Pangkalan Tentera Laut Changi.



Bas nombor 35 itu tidak akan berhenti di Alps Avenue, Aviation Park Road dan Changi Coast Road.



Sebaliknya, perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang disediakan akan melalui perhentian bas itu.



Khidmat bas khusus itu akan berulang alik dari Airport Logistics Park of Singapore dan Changi Village selang 10 hingga 15 minit.



Kedua-dua perkhidmatan bas nombor 35 dan perkhidmatan ulang-alik itu akan disediakan pada pelbagai waktu dari 12 hingga 21 Februari, kecuali hari Ahad.



Basikal, skuter (kick scooter) dan peralatan mobiliti aktif lain juga tidak akan dibenarkan.



Jalan dan laluan yang terjejas akan beroperasi semula seperti biasa mulai 6 pagi pada 22 Februari.



Orang ramai boleh mendapatkan butiran lanjut di laman web Singapore Airshow 2022 di www.singaporeairshow.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >